SPECIAL FOLLOWERS
Ahad, 4 Oktober 2009
Sabtu, 3 Oktober 2009
Khamis, 1 Oktober 2009
mak kata...
Selasa, 29 September 2009
berat bertambah...tulun2
happy aquarium... facebook
addeh... macam2 game ader... la ni dah tersangkut dengan ikan lak... time boring bleh tengok ikan2 tu berenang2... bagi makan or beli anak ikan baru... warna warni...
Isnin, 28 September 2009
farmville di facebook...hehehe
jarang buat n3 kat sini coz dah mula facebook... hehe... hari2 nak tengok ladang n akurium... k ler... selamat beraya n berumah terbuka....
Jumaat, 18 September 2009
SELAMAT HARI RAYA DAN BERCUTI SEMUA...
SELAMAT HARI RAYA... MAAF ZAHIR DAN BATIN...
Ahad, 16 Ogos 2009
letih...letih...letih...
Isnin, 10 Ogos 2009
SA-PULOH RINGGIT... ANTIK ( LIMITED EDITION)
KALAU TAK PERNAH SILA LIHAT GAMBO DI BAWAH NI....
KATANYA.. DUIT NI ADA VALUE.... CUMA TAK TAU YA ATAU TAK... BESA LAH BARANG ANTIK KAN... K LA... KALAU ADA YANG BERMINAT... CONTACT2 LER...
Isnin, 3 Ogos 2009
Ahad, 26 Julai 2009
PERTANDINGAN MEWARNA NZR...
GAMBAR SEPANJANG PERTANDINGAN
ACARA TERAKHIR..
SEMALU-MALU SI KECIK NI... ADE GAK BAKAT...ALAHAI... SEBENARNYA REZEKI ARI NI COZ TAK RAMAI YANG JOIN... K LER... TAHNIAH BUAT ANAK MAMA....CAYANG DIE...
Khamis, 23 Julai 2009
kenapa tk di asingkan??
Rabu, 22 Julai 2009
so sweet....ermmm
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Isnin, 20 Julai 2009
masuk wad lagi...salah siapa.... aku, mesin atau makmal
korang cuba bayangkan... aku pnyalah sanggup tak makan nasi petang hari Jumaat tu coz malam nak amik darah n test gula... ye lah takmo lah kena tahan kat wad lagi... lapo tk bleh cite la.. last2 aku minum susu separuh cawan nak ilangkan rasa lapo... then, aku check la guna mesin kecik aku punya.. takut gak naik tiba2.. sib baik la...check 5.4... lega aku...
pas tu pukul 9.30 malam aku p la ke hospital... coz nak amik darah pukul 10 malam... tb kat wad... aku dengan rasa selamat...bagi la lengan aku untuk di amik darah... huhuhu... check guna mesin kat wad...5.4... hehehe... selamat... kalau lebih dari 6 je... aku kena tinggal kat wad lagi lah malam tu... huhuhu... dengan konfiden nya aku pon anto la darah tu ke makmal lak... ye la...result makmal tu yang penting...
sampai makmal, sib bek tkde patient len... tekan loceng n sorang pegawai makmal datang dengan suar pendek t shirt belang2...aku pon bg ler darah tu kat dia... tunggu dalam 15 gak la... dah siap jer... aku punya terkejut...tengok result...15.2... rasa cam nak pitam masa tu.. dengan berat hati aku pon balik ke wad n tunjuk result tu kat nurse.. die pon terkejut tengok keputusan ...die soh repeat semula... amik lagi darah... then sekali lagi... check guna mesin kecik tu... 5.5... tp sampai makmal resultnya tetap sama... 15.1 lak... aku pening...
dah la... dari tengah hari aku tak makan nasi.... sampai lah malam... cam ni gak jadi nyer...
nak salah kan sapa? pegawai makmal tu ker? yang keje pakai seluar pendek? walaupon malam.. tp jangan lah santai sangat... masa bertugas..
last2 aku kena masuk wad lagi... untuk kali yang kedua minggu lepas... geram tul aku... nak salah sapa pon aku tak tau... huhuhu
ari ahad aku minta keluar dengan doktor... atas risiko sendiri... sok ( selasa) kena masuk balik... adehh... naik tensen aku...
macam2.... yang aku rasa... serba salah pon ader... coz sepanjang bulan nie... syik kuar masuk spital... pe cite ank2 murid aku pon tak tau...
maafkan tice.... huhuhu...
Isnin, 13 Julai 2009
SEVEN OR ELEVEN..
Sabtu, 11 Julai 2009
WEIRD THINGS...!!!... TRY LER...
1. Butterflies taste with their feet.
2. A duck's quack doesn't echo, and no one knows why.
3. In 10 minutes, a hurricane releases more energy than
all the world's nuclear weapons combined.
4.On average, 100 people choke to death on ballpoint pens every year.
5. On average people fear spiders more than they do death. .
6. Thirty-five percent of the people who use personal
ads for dating are already married.
7. Elephants are the only animals that can't jump.
8. Only one person in two billion will live to be 116 or older.
9. It's possible to lead a cow upstairs...but not downstairs.
10. Women blink nearly twice as much as men.
11. The Main Library at Indiana University sinks over an inch every year because when it was built, engineers failed totake into account the weight of all the books that would occupy the building.
12. A snail can sleep for three years.
13. No word in the English language rhymes with
"MONTH".
14. Average life span of a major league baseball: 7 pitches.
15. Our eyes are always the same size from birth, but our nose and earsnever stop growing.
16. The electric chair was invented by a dentist.
17. All polar bears are left handed.
18. In ancient Egypt, priests plucked EVERY hair from their bodies,including their eyebrows and eyelashes.
19. An ostrich's eye is bigger than its brain.
20. TYPEWRITER is the longest word that can be made using theletters only on one row of the keyboard.
21. A crocodile cannot stick its tongue out.
21.. "Go." is the shortest complete sentence in the English language.
22. If Barbie were life-size, her measurements would be 39-23-33.She would stand seven feet, two inches tall.
23. The cigarette lighter was invented before the match.
24. Americans on average eat 18 acres of pizza every day.
25.Ninety percent of New York City cabbies are recently arrived immigrants
Khamis, 9 Julai 2009
THIS IS TOTALLY AMAZING
This Is Totally Amazing.
Say the word COW before each word.
1 - Cows
2 - About
3 - Talking
4 - Idiot
5 - This
6 - Got
7 - I
8 - Long
9 - How
10 - Look
Now say the word COW After each word
1 - Cows
2 - About
3 - Talking
4 - Idiot
5 - This
6 - Got
7 - I
8 - Long
9 - How
10 - Look
Now say the word COW before AND after each word.
1 - Cows
2 - About
3 - Talking
4 - Idiot
5 - This
6 - Got
7 - I
8 - Long
9 - How
10 - Look
Now read just the words upwards from the bottom.
1 - Cows
2 - About
3 - Talking
4- Idiot
5 - This
6 - Got
7 - I
8 - Long
9 - How
10 - Look
SESAJE JER... NAK BAGI KORANG PENING PALE SKET... HEHE... TIME BOSAN2 KAN... BLEH LER MEN TRY..
Rabu, 8 Julai 2009
friend forever....?????
When you are sad I will dry your tears.
When you are worried I will give you hope.
When you are confused I will help you cope.
And when you are lost and can't see the light.
I shall be your beacon shining ever so bright.
This is my oath I pledge till the end.
Why you may ask because you're my friend.
kita tak kan sedar apa erti kawan... sampai satu saat kita boleh ketawa dan menangis bersama.. tapi alangkah malangnya kita apabila kita terlewat menyedari kawan yang benar2 kawan dan kita hampir kehilangannya... miss u normala jumiran...
Somewhere
There's SomeoneWho Dreams Of Your Smile,
And Finds In Your Presence
That Life Is Worthwhile..When You Are Lonely,Remember This Is True,Somebody, Somewhere..Is Thinking Of You.
Selasa, 7 Julai 2009
keceriaan ku tercalar...
pastinya sukar menunggu saat itu..
waktu yang bakal megubah segalanya...
waktu yang akan meberi sinar bahagia...
waktu yang akan menjanjikan harapan sempurna...
pergi lah kau derita...
pergilah kau duka nestapa...
tak ku mahu kau disisiku..
merungkai hati yang semakin kecewa....
mengimbau saat-saat bermulanya cerita..
hingga kini terulang semula..
hehe...macam real jer... ade tokoh ke nie... menuls sekadar menghibur hati...
Isnin, 6 Julai 2009
cerite panas
Rabu, 1 Julai 2009
tak sabar menunggu....
dah 3 hari....
Ahad, 28 Jun 2009
saat-saat mendebarkan...akhirnya pasti..
shomelnya die...
salah silap aku...
Rabu, 24 Jun 2009
HOTEL PLAZA, KUALA LUMPUR
3 HARI 2 MALAM...
KURSUS LITERASI UNDANG-UNDANG UNTUK GURU-GURU DISIPLIN
dengar cam hebat yer... ermmm.. tapi banyak gak la info yang aku dapat... mula nya aku nervous gak jumpa cikgu2 disiplin dr sekolah len n daerah yang berbeza... apa tak nya.. aku apa pon tak tau... kalau di tanya mesti aku tak tau nak jawab... lagi lah pasal pekeliling2... hehe...
tapi apa yang di sampaikan tu memang hebat ler... macam2 ader... tapi yang best tu tentang ceramah pengurusan stress... tak sangka aku ni ada masalah mental gak rupenya... hehehe...
tp tu la semua kawan2 aku pon de masalah yang sama cume berbeza simptom nyer...
macam2 masalah n soalan yang cikgu2 ni kemukakan... aku pon dok dengar jer.. macam sekolah aku tkde lah masalah besar sgt... masih bleh diatasi... takut gak aku dengar sekolah2 area2 bandar nie.. macam2 ader... sampai kes luar n dalam... tp tu ler.. beban cikgu disiplin memang berat... mana nak mengajar lagi.. nak handle murid2 lagi... TABIK HORMAT CIKGU...
aku ni dok merapu jer.. coz tunggu husband tk sampai2 lagi... check out sebelum kol 2.. huhuhu...
alamak...sok masuk wad lagi.... adeh... amek darah lagi... cucuk lagi....uwaa... alamat lebam lagi ler lengan aku...huhuhu
k ler... selamat la cikgu2 kat sekolah yer... HIAS....
Jumaat, 19 Jun 2009
cari di mana orang kesayangan anda...
Pemilik telefon bimbit selalu memberi lokasi yang tidak betul bila kita tanya di mana dia berada......
Adakah anak anda menyatakan dengan tepat di mana dia berada...adakah BF/GF anda juga demikian.... malah adakah suami anda/isteri anda juga demikian..... jadi ringkas nya jika anda hendak mengetahui di mana mereka berada...kesan lah mereka ini dengan menggunakan GPS satelit Google Earth....masukkan no phione berkenaan klik start searching.. mudah aje..tnggu dan lihat di mana mereka berada.....
cari mereka di sini:
http://www.themobiletracker.com/english/index.html
SELAMAT MENCUBA!!!!!!
Rabu, 17 Jun 2009
CUBA DALAM JEPUN...sesaja menggatal
Isnin, 15 Jun 2009
nEveR GIve uP....
Rabu, 3 Jun 2009
aPa Itu cINTA...
Selasa, 2 Jun 2009
salam mengintai...
Isnin, 25 Mei 2009
sedar tak sedar...
Sabtu, 16 Mei 2009
Jumaat, 15 Mei 2009
KITA PENYAMBUNG WARISAN..
Khamis, 14 Mei 2009
tutup telinga , hati dan minda jika emosi anda di cabar...
Selasa, 12 Mei 2009
Isnin, 11 Mei 2009
KECILNYA NENAS......
tarikh bersejarah untuk anak sedara husband aku... merangkap anak sedara aku juga ler... hehehe...
dia bertunang dengan orang 'jauh'... jauh sangat... padahal sebelah rumah jer... cinta men pondok2 la katakan.. tapi aku doakan mereka bahagia hingga ke anak cucu... nie serba sedikit la.. gambo yang bleh di kongsi...
Sabtu, 9 Mei 2009
MAMA...I LOVE U... MAMA ... I CARE
Rabu, 6 Mei 2009
Selasa, 5 Mei 2009
kerana kau insan yang ku sayang....:)
Tertutup sudah pintu .. pintu hatiku
Berjuta warna pelangi didalam hati
Dengarlah matahariku suara tangisanku
Berjuta warna pelangi didalam hati
TKDE APA2 YANG BERLAKU LAGI...
Isnin, 4 Mei 2009
Tiga menteri Kabinet mahu guru tidak putus asa...
KUALA LUMPUR 24 Julai – “Kami dulu terdiri daripada anak murid yang kena cubit, kena piuh telinga, kena rotan di tapak tangan dan kena pelbagai disiplin tetapi ibu bapa hormat tindakan itu bagi melahirkan masyarakat berdisiplin,’’ kata Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Beliau mencadangkan kaedah hukuman jenis itu wajar ‘dilihat balik’ dalam usaha mendisiplinkan pelajar.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berkata, masih terdapat sebilangan besar anggota masyarakat yang mengiktiraf sumbangan dan pengorbanan guru.
Justeru, katanya, guru perlu tabah dan tidak mudah berputus asas dalam menjalankan amanah mereka.
‘‘Saya nak ingatkan kepada guru yang lain, jangan perkara-perkara yang ditimbulkan sejak kebelakangan ini meluntur dan melemahkan semangat mereka,’’ katanya.
Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin pula berkata, tindakan tegas para guru sering kali disalahertikan oleh segelintir pihak sedangkan kaedah pengajaran yang tegas telah terbukti melahirkan generasi yang berdisiplin.
Beliau berkata, apa yang cuba dibuat oleh warden asrama sebuah sekolah di Sarawak baru-baru ini mungkin satu pengajaran kepada kumpulan pelajar itu supaya tidak mengulangi kesalahan mereka.
“Kita tak dapat nafikan ada guru yang berniat baik. Kita tidak nafikan guru di Sarawak itu mempunyai niat baik kerana masalah yang dihadapi telah berpanjangan dan bukan baru.
“Malah dari segi agama pun kadang-kadang Tuhan turunkan bala untuk memberi peringatan dan pengajaran. Apa yang guru ini buat ialah supaya setiap murid bersama berkongsi perbuatan salah dan mencegah orang lain daripada membuat perkara sama,” katanya.
Ketiga-tiga menteri itu ditemui selepas pertandingan akhir Kuiz Perdana Khas Kemerdekaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penerangan di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini hari ini.
Menurut mereka, para guru tidak seharusnya mudah berputus asa dengan kritikan negatif yang dilemparkan terhadap profesion itu dalam media sejak akhir-akhir ini dan mereka perlu bersikap profesional menangani isu berkaitan dengan cara guru menangani masalah disiplin pelajar.
Mereka meminta masyarakat supaya tidak menghukum terlalu cepat guru yang dianggap bersikap keterlaluan dalam menangani disiplin a pelajar kerana terdapat guru yang betul-betul komited dalam menjalankan tugas mereka untuk mendidik anak bangsa menjadi insan berguna.
Menteri-menteri itu juga mahukan para guru bersikap terbuka dan menjadikan laporan media itu sebagai suatu iktibar.
Media sejak akhir-akhir ini menyiarkan laporan mengenai tindakan yang dianggap keterlaluan oleh guru ketika menghukum pelajar yang melanggar disiplin.
Terbaru adalah kes seorang guru yang juga warden asrama sebuah sekolah di Sarawak yang bertindak merendam 200 pelajar perempuan di dalam kolam ekoran kesalahan mereka membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas sungguhpun telah ditegur berkali-kali.
Hishammuddin turut mengingatkan para guru supaya berhemah dalam tindakan mereka menghukum pelajar supaya ia tidak disalahertikan dan menyebabkan guru lain berasa bersalah.
Sementara itu, Rais berkata, pendekatan untuk mendidik pelajar memerlukan penggabungan pendekatan lembut, pendekatan tegas dan tindakan disiplin.
Bagaimanapun, beliau berkata, tindakan disiplin itu boleh diperhalusi supaya ia sesuai dengan tuntutan zaman tanpa mengurangkan nilai pengajaran terhadap murid-murid yang terlibat
“Cikgu, cikgu buatlah apa yang cikgu nak dekat anak kami. Nak cubit ke, nak pukul ke, nak rotan ke. Biar dia belajar hormat orang tua. Dan asalkan dia boleh belajar, jadi pandai supaya bila besar nanti boleh tolong orang tua.”
Sekarang, bila sudah masuk era kemodenan dan urbanisasi,
Cikgu tak boleh cubit.
Cikgu dah tak boleh pukul
Cikgu tak boleh denda.
Cikgu tak boleh rendam dalam air. Keterlaluan. Bahaya. Nanti gatal gatal.
Walaupun pelajar degil ditahap gaban sekalipun. Biarkan. Tak usah didenda.
Teruskan buang pad dalam mangkuk tandas. Tak apa, kalau didenda, pergi jumpa orang surat khabar. Orang TV pun ramai. Semua dahagakan berita sensasi. Semua tak sabar nak masyhurkan cikgu. Pengawas pun ada. Biarlah diorang korek pad tu dengan tangan diorang sendiri. Aku kan tak malu. Aku tiada kemaluan.
Sikit sikit, cikgu akan masuk surat khabar. Cikgu akan masuk berita TV1. Cikgu masuk TV3. Mak ayah akan komplen. Mak ayah hasut kementerian ambil tindakan tatatertib dekat cikgu. Mak ayah jumpa lawyer. Mak ayah nak saman cikgu. Nenek pun komplen. Nenek amat sayangkan cucu. Cucunya tak boleh dipukul. Cucunya tak boleh dirotan.
“Cikgu tak ada perasaan”.
“Cikgu kejam.”
“Cikgu suka buli.”
“Cikgu kurang ajar.”
Bila dah jadi camtu, kerajaan pun komplen.
“Tak ada orang nak jadi cikgu.”
“Tenaga perguruan kurang.”
Dulu profesion guru dimuliakan. Guru dihormati. Disegani. Kini….. melukut di tepi gantang. Tugas guru sekarang, masuk kelas, mengajar, balik, makan nasi, datang mengajar balik, balik rumah, tidor.
Cikgu, walau apapun persepsi, kaulah pembimbing kami. Tangan tangan pencubit itulah yang mendisiplinkan kami. Tangan tangan yang merotan itulah yang mendewasakan kami. Kami di sini pada hari ini kerana mu. Kami sayang kamu. Dayang pun sayang kamu. Terima kasih guruku.
kes cubit murid ...lak
malam tadi sebelum aku tido... aku baca doa dulu ler...hehe...
tengah2 aku baca doa tu... terdengar satu bite kat tv (tut)... cita pasal murid, kena cubit...ermmm... masuk tv tu... glamer cikgu tu...
tapi rupa2 nya dak tu yang buat hal... p raba dak pompuan... aku yang dengar ni tensen gak... sampai masuk tv... padahal dia yang buat salah... takkan cikgu nak tengok jer.. hampeh tul... parents pon tau anak dia cam ne... ntah lah tak tau nak kata dah...
kita ni nak didik anak dia bagi pandai... kalau budak buat silap depan mata... tak kan awak nak biar jer.. dah besar nak jadi apa?..
dak2 sekarang ni over manje... buat salah tapi parent dok bel... kat sini ade parents siap tanya guru besar.. bila naik cuti sekolah... bukan tanya bila nak cuti...sebab tak tahan nak layan karenah anak dia... tu baru 2 orang... cikgu lak ade 40 orang murid..bayangkan lah.... macam2 karenah... pening tak pening la...
tapi tu la... guru2 di bayar gaji mengajar... mengajar je la... bukan mendidik lagi... macam tu la gak nye...
sama2 la beringat...
Ahad, 3 Mei 2009
MENGHADAPI HARI ESOK......
cam ne lah hari esok gaknyer... kerisauan nie... huhuhu...
kes apa yang bakal aku hadapi....cheh... macam peguam lak... ber'kes2'...ekeke..
ni lah amanah yang di tinggalkan oleh TICE SU pada aku... ntah ler.. macam2 hal.. doakan lah aku selamat dalam perjuangan 3 hari mendatang nie.. macam nak p berperang jer...:-p
dulu aku cikgu disiplin gak kat sekolah lama... tapi takde lah jumpa macam2 kes.... tu la... kalau sume sama tak best gak kan.. takde cabaran.. tapi ni dah terlebih mencabar... TICE SU dah lama kat sekolah ni... dia dah faham n terlebih masak dengan karenah dak2 kat sini... aku lak belum setahun dah di lantik jadi penolong guru disiplin... sekurang2 nya bagi lah aku masa untuk mengkaji n mendalami background diorang... tergezut aku dibuatnyer... huhuh... mana lah p cikgu2 lelaki ek.. yang tegas n garang sket... biar dak2 ni makan saman... aku yang lemah lembut ni di jadikan guru2 disiplin...hehe... (perasan lagi)...
apa2 hal pon.. minta2 ler takde kes yang bukan2... ermmm... selamat menjalankan tugas TICE LIN...
beringat2... 'budak2 tak salah'... ye ker?
Sabtu, 2 Mei 2009
KERETA AYAH...KERETA ANAK????
keta anak aku... cuba bandingkan?
hehehe...... walau apa pun mereka tetap antara orang2 yang aku sayang....
berkorban apa saja...
harta atau pun nyawa..
itu lah kasih mesra..
sejati dan mulia....
Jumaat, 1 Mei 2009
ISTIMEWANYA WANITA....
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
Khamis, 30 April 2009
macam TAK caya je.....
1)Membersihkan cermin kereta anda yang berdebu/kotor/melekit..
2)Bahan aktif Coke adalah Phosphonic Asid pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari...
3)Pengedar minuman Coke telah menggunakanya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun lalu...
4)Di india, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka...
5)Menghancurkan tulang dalam masa 2 hari...
6)Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome...
Cara nak kuruskan BADAN????
Seorang mamat yg mmg gemuk masuk ke sebuah fitness center dgn niat utk menguruskan badan.
Seorang lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi, "Kami menawarkan 2 program di sini... RM50 utk versi 'Biasa' dan RM100 utk versi 'Cepat'.
"Saya ingat nak ambil yg biasa punya sebab saya baru je nak try kuruskan badan", kata mamat tadi. "OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 5 di penjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter.Mamat tadi pun masuk laa ke bilik yg di suruh lalu menutup pintunya. Selang 2 minit kemudian, datang laa seorang perempuan yg mmg lawa, cantik, body best, mantap dan segalanya. Dia kemudian menanggalkan kesemua pakaian sehinggakan mamat tadi dah xsenang duduk dan berpeluh2. Perempuan tadi berkata, "Kalau tuan dapat kejar saya, tuan bole buat aaaaapa saja dgn saya... hik hik hik" dan dia terus berlari di dalam bilik itu. Mamat tadi pun kejar punya kejar, sampai 10 minit, pun xdapat2 jugak. Dia try lagi sampai akhirnya, dia jatuh terjelepuk ke lantai... pengsan. Apabila dia sedar, dia terus ke penimbang dan mendapati beran badannya telah turun 3kg."Wow! Mmg berbaloi aku bayar RM50... mmg senang rupanya nak kuruskan badan",katanya sendirian.
Esoknya, dia datang lagi ke situ dan terus ditegur oleh lelaki di kaunter.Setelah diberitahu program2 seperti semalam jugak, dia bersetuju untuk try versi 'Cepat'.
"OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 6 dipenjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter.
Setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglaa seorang body-builder yang taff dan terus melondehkan pakaiannya.Body-builder itu berkata, "Saya akan kejar kamu dlm bilik ini dan kalau saya dapat..hehehe.. =p
MakAN Pon NaK KEna PAKSA ke???!!!!!!
Assalamualaikum, Diam itu lebih baik kan.. Bila merasakan diri itu tidak diperlukan baik kita jauhkan diri kita dari mereka. Bila terasa ...
nuff
Cari Blog Ini
Arkib Blog
-
salam.... sebaknyer bila terbaca surat nie....perkongsian dari 'facebook'... sila baca wahai para suami... Cantik? Memang la, ka...
-
Assalamualaikum, Diam itu lebih baik kan.. Bila merasakan diri itu tidak diperlukan baik kita jauhkan diri kita dari mereka. Bila terasa ...
-
salam wah2... dah bleh la upload pic... hehe... sebenarnyer cite ni..cite masa on d way nak balik umah dari kampung kak kat johor... ana...
Label
- award
- ayah ibu
- ayah ke anak?
- berita
- bijak kah anda?
- busy
- CONTEST
- disasster
- DISIPLIN
- DR. FAZLEY
- DUNIA
- family
- first time
- FOR FUN
- GA
- GAMBO RIMAU-LIMITED EDITION
- hari-hari ku
- hari-hariku
- HEPI
- JAGA-JAGA
- JOIN
- just a joke
- kasih tak kesampaian
- kenangan
- lawak ( kawan tagged)
- macam-macam
- MAKAN....
- motivasi
- MOTOR HUSBAND
- my baby
- nama anak
- pelik
- PELIK KE..
- rasa2
- RAYA
- school
- sekolah
- sharing
- SIDE INCOME
- special day
- suke2..
- tanda ingatan
- TENSEN
- terima kasih
- TIKET 60
- UNSTOPPABLE