SPECIAL FOLLOWERS

Ahad, 6 Disember 2015

Al-Fatihah untuk arwah Pak Yus

Assalamualaikum,

maaf post ini hanyalah luahan salah seorang peminat arwah Pak yus.. dan untuk catatan peribadi saya mengenang seorang pelawak yang bernama Yusri B. Edo.. supaya bila saya membuka kembali blog ini saya akan tetap mengingati siapa arwah, yang selalu membuat peminat-peminatnya ketawa..
walaupun tidak pernah bersua muka dan mengenali arwah secara dekat, namun saya amat merasakan dekat dengan Pak Yus.. bukan saya sahaja, malahan luahan rakan2 fb mengatakan perkara yang sama.. awal-awal kemunculannya, saya selalu berkata kepada pada adik saya, "napi, rupa n perangai pak yus tu macam ko la".. simple, santai n bersahaja.. walaupun adik saya bukanlah pelawak n tapi dia adalah penglipur lara keluarga kami.. maaf sekali lagi.. saya bukan nak samakan pak yus dengan sesiapa.. arwah tiada pengganti..

saya merasakan amat terkesan dengan pemergiaannya, kerana hampir setiap hari melihat wajah arwah di kaca tv.. dan saya memang akan tertunggu2 kemunculan Pak Yus, dalam setiap program lawak di astro.. Maharaja lawak mega, redah kasi pecah ekstravaganza, super spontan.. n yg terbaru juara parodi..tetapi maharaja lawak 2015, setelah kumpulan Virus terkeluar, minat untuk menonton program tersebut kurang n hambar...

saya akan menangis apabila menonton rancangan khas untuk arwah Pak Yus, walau dah berhari2 di ulang.. namun kesedihan itu tetap ada.. mendengar kisah2 sedih dan cerita dari rakan-rakan artis mengenai Pak Yus.. membuatkan saya dan anak2 menitis airmata..

Pak Yus, walau rezeki awak untuk mendapat anugerah atau menang dalam program yang awak bertanding namun awak telah mendapat anugerah yang lebih besar dari itu.. kawan-kawan, peminat dan keluarga yang besar yang sentiasa akan mengingati awak dan mendoakan awak di alam sana.. kami akan merindui Pak Yus.. Al- Fatihah untuk arwah Yusri b. Edo.. semoga arwah sentiasa di cucuri rahmat Allah.. aamin

Assalamualaikum, Diam itu lebih baik kan.. Bila merasakan diri itu tidak diperlukan baik kita jauhkan diri kita dari mereka. Bila terasa ...

nuff

Cari Blog Ini

Arkib Blog