KUALA LUMPUR 24 Julai – “Kami dulu terdiri daripada anak murid yang kena cubit, kena piuh telinga, kena rotan di tapak tangan dan kena pelbagai disiplin tetapi ibu bapa hormat tindakan itu bagi melahirkan masyarakat berdisiplin,’’ kata Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Beliau mencadangkan kaedah hukuman jenis itu wajar ‘dilihat balik’ dalam usaha mendisiplinkan pelajar.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berkata, masih terdapat sebilangan besar anggota masyarakat yang mengiktiraf sumbangan dan pengorbanan guru.
Justeru, katanya, guru perlu tabah dan tidak mudah berputus asas dalam menjalankan amanah mereka.
‘‘Saya nak ingatkan kepada guru yang lain, jangan perkara-perkara yang ditimbulkan sejak kebelakangan ini meluntur dan melemahkan semangat mereka,’’ katanya.
Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin pula berkata, tindakan tegas para guru sering kali disalahertikan oleh segelintir pihak sedangkan kaedah pengajaran yang tegas telah terbukti melahirkan generasi yang berdisiplin.
Beliau berkata, apa yang cuba dibuat oleh warden asrama sebuah sekolah di Sarawak baru-baru ini mungkin satu pengajaran kepada kumpulan pelajar itu supaya tidak mengulangi kesalahan mereka.
“Kita tak dapat nafikan ada guru yang berniat baik. Kita tidak nafikan guru di Sarawak itu mempunyai niat baik kerana masalah yang dihadapi telah berpanjangan dan bukan baru.
“Malah dari segi agama pun kadang-kadang Tuhan turunkan bala untuk memberi peringatan dan pengajaran. Apa yang guru ini buat ialah supaya setiap murid bersama berkongsi perbuatan salah dan mencegah orang lain daripada membuat perkara sama,” katanya.
Ketiga-tiga menteri itu ditemui selepas pertandingan akhir Kuiz Perdana Khas Kemerdekaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penerangan di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini hari ini.
Menurut mereka, para guru tidak seharusnya mudah berputus asa dengan kritikan negatif yang dilemparkan terhadap profesion itu dalam media sejak akhir-akhir ini dan mereka perlu bersikap profesional menangani isu berkaitan dengan cara guru menangani masalah disiplin pelajar.
Mereka meminta masyarakat supaya tidak menghukum terlalu cepat guru yang dianggap bersikap keterlaluan dalam menangani disiplin a pelajar kerana terdapat guru yang betul-betul komited dalam menjalankan tugas mereka untuk mendidik anak bangsa menjadi insan berguna.
Menteri-menteri itu juga mahukan para guru bersikap terbuka dan menjadikan laporan media itu sebagai suatu iktibar.
Media sejak akhir-akhir ini menyiarkan laporan mengenai tindakan yang dianggap keterlaluan oleh guru ketika menghukum pelajar yang melanggar disiplin.
Terbaru adalah kes seorang guru yang juga warden asrama sebuah sekolah di Sarawak yang bertindak merendam 200 pelajar perempuan di dalam kolam ekoran kesalahan mereka membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas sungguhpun telah ditegur berkali-kali.
Hishammuddin turut mengingatkan para guru supaya berhemah dalam tindakan mereka menghukum pelajar supaya ia tidak disalahertikan dan menyebabkan guru lain berasa bersalah.
Sementara itu, Rais berkata, pendekatan untuk mendidik pelajar memerlukan penggabungan pendekatan lembut, pendekatan tegas dan tindakan disiplin.
Bagaimanapun, beliau berkata, tindakan disiplin itu boleh diperhalusi supaya ia sesuai dengan tuntutan zaman tanpa mengurangkan nilai pengajaran terhadap murid-murid yang terlibat
Cikgu, Jangan Pukul Budak Sekolah Sekarang….
Waktu kecil kecil dulu, bila ke sekolah, mak & ayah akan cakap sama cikgu,
“Cikgu, cikgu buatlah apa yang cikgu nak dekat anak kami. Nak cubit ke, nak pukul ke, nak rotan ke. Biar dia belajar hormat orang tua. Dan asalkan dia boleh belajar, jadi pandai supaya bila besar nanti boleh tolong orang tua.”
Sekarang, bila sudah masuk era kemodenan dan urbanisasi,
Cikgu tak boleh cubit.
Cikgu dah tak boleh pukul
Cikgu tak boleh denda.
Cikgu tak boleh rendam dalam air. Keterlaluan. Bahaya. Nanti gatal gatal.
Walaupun pelajar degil ditahap gaban sekalipun. Biarkan. Tak usah didenda.
Teruskan buang pad dalam mangkuk tandas. Tak apa, kalau didenda, pergi jumpa orang surat khabar. Orang TV pun ramai. Semua dahagakan berita sensasi. Semua tak sabar nak masyhurkan cikgu. Pengawas pun ada. Biarlah diorang korek pad tu dengan tangan diorang sendiri. Aku kan tak malu. Aku tiada kemaluan.
Sikit sikit, cikgu akan masuk surat khabar. Cikgu akan masuk berita TV1. Cikgu masuk TV3. Mak ayah akan komplen. Mak ayah hasut kementerian ambil tindakan tatatertib dekat cikgu. Mak ayah jumpa lawyer. Mak ayah nak saman cikgu. Nenek pun komplen. Nenek amat sayangkan cucu. Cucunya tak boleh dipukul. Cucunya tak boleh dirotan.
“Cikgu tak ada perasaan”.
“Cikgu kejam.”
“Cikgu suka buli.”
“Cikgu kurang ajar.”
Bila dah jadi camtu, kerajaan pun komplen.
“Tak ada orang nak jadi cikgu.”
“Tenaga perguruan kurang.”
Dulu profesion guru dimuliakan. Guru dihormati. Disegani. Kini….. melukut di tepi gantang. Tugas guru sekarang, masuk kelas, mengajar, balik, makan nasi, datang mengajar balik, balik rumah, tidor.
Cikgu, walau apapun persepsi, kaulah pembimbing kami. Tangan tangan pencubit itulah yang mendisiplinkan kami. Tangan tangan yang merotan itulah yang mendewasakan kami. Kami di sini pada hari ini kerana mu. Kami sayang kamu. Dayang pun sayang kamu. Terima kasih guruku.

aku amik dari satu blog... untuk kita kongsi...
2 ulasan:
mcm2 hal skrgkan...
tu la pasal...ntah la kak...uiks..berukben dah leh guna ya?
Catat Ulasan