SPECIAL FOLLOWERS

Isnin, 25 Mei 2009

sedar tak sedar...

tup tap...tup tap.. dah nak masuk bulan jun... huhuhu... hampir setahun la aku dok kat selangor ni...huhuhu..
begitu banyak yang aku tempuhi...pengalaman yang cukup berharga, bermakna, sia-sia, ketawa, menangis, suka, duka, gembira... macam2 ada..astro la pulok...
yang aku mengerti...setiap yang berlaku ada hikmah dan balasannya...beajar dari pengalaman dan kesilapan... tp ada org kata lah yang aku selalu tak ingat...memang aku akui, aku ni pelupa( tanda2 dah tua)... cam ne nak jadi kan aku nie kuat daya ingatan ek.. ntah ler... aku sendiri tak ingat camne cara nak mengingat...hehe..melalut lagi...pe2 ntah...
aku sebenarnya aku sedang merancang satu benda nie.. tp tu ler... menjadi ke tak...aku tak sure...
ermmm...cite pasal bulan nie... sedar tak sedar dah dekat bulan rejab pastu syaaban, pastu ramadhan,pastu syawal....huhuhu... cepatnya masa berlalu...
besanya org pompuan la yang dah busy... nak buat persiapan raya awal2 ni... untuk memudahkan kerja2 sebelum raya... nak buat camne... kalau nak tunggu bulan ramadhan baru nak buat... alamat tak berbaju lak ahlil2 keluarga..hihihi...
tp yang paling penting pose tu kena ganti cepat2...kang tak sempat lak.. huhuhu...
apa yang aku dok merapu nie pon aku ak tau la... aku tensen sebenarnya... nak berkaraoke sore dah ler tak sedap... setakat nak men'yumbang'kan sore yang dah sedia sumbang nie... bleh ler...ermmm... merapu merepek meraban la dalam n3 kali nie..
hati kama, jiwa kacau, bakal2 nak jadi ijo ni... kelemahan tahap gaban bertukar jadi cipan...adehhh....
kalau korang boring baca nie sowi ek... tak baca pon tak pe... aku,,no problemo..;)).. sekadar luahan dari jiwa yang sedia haru biru, hitam, coklat, macam2 kaler ader..
k ler... selamat semua
"ya Allah, Maha Pengampun, Maha Penyayang dan Maha Mengetahui...Kau ampunkan lah dosaku, kesilapan ku, hari ini dan semalam... sesungguhnya aku tidak sedar apa yang aku lakukan.. ampuni dosaku ya Allah, aku insan yang lemah.. dan tidak mampu menahan godaan dari syaitan, yang selalu merosakkan hati manusia...berikan aku kesempatan dan petunjuk untuk menebus kesilapanku...amin"

Jumaat, 15 Mei 2009

KITA PENYAMBUNG WARISAN..

Warisan
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
BetapaDibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
( ulang korus )
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
Teringat kawan2 di sekolah lama...
cikgu rozi, cikgu tiha, cikgu yati, cikgu zura, cikgu aisyah, cikgu fazilah, cikgu salmah, ustaz radzi... GB cikgu ismail..
semoga kalian bahagia dan murah rezeki... terima kasih atas jasa dan bantuan kalian masa lin susah dulu...terutama cikgu rozi...saya sayang akak... hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian...
teman di sekolah sekarang... hehe
tice su, tice fina, tice ana...
korang memang best....
a friend in need is a friend indeed
meh jom join IRC... leh sama2 kaya...hihihi

Khamis, 14 Mei 2009

tutup telinga , hati dan minda jika emosi anda di cabar...

aku dapat ni dari satu majalah....

bersabarlah, mungkin sabar mendampinginya akan menjadi timbangan paling berat bagi anda di hari kiamat.
jika Allah Taala mahu bersabar menerima perbuatan hamba2 yang kurang ajar terhadap-Nya, inikan pula manusia biasa yang tak luput dari silap dan lupa.
Rasulullah S.A.W bersabda:
tak ada sesiapa pun yang mendengar sesuatu yang menyakitkan yang lebih bersabar daripada Allah. Diatelah disekutukan dan dianggap mempunyai anak tetapi Dia membiarkan mereka dan memberi mereka rezeki.
(hadis riwayat Imam Ahmad)
ntah la... aku nie tak cukup bersabar gaknya... tapi aku akan terus mencuba dan berusaha...
aku hanya insan kerdil.. semoga aku akan mendapat keampunan dari-Nya..Amin

Selasa, 12 Mei 2009

hang kata hang terrer...?????

3D picture...
try... test... tengok...dalam gambar nie... apa yang korang nampak?







Isnin, 11 Mei 2009

KECILNYA NENAS......

sabtu 9 may 2009...

tarikh bersejarah untuk anak sedara husband aku... merangkap anak sedara aku juga ler... hehehe...
dia bertunang dengan orang 'jauh'... jauh sangat... padahal sebelah rumah jer... cinta men pondok2 la katakan.. tapi aku doakan mereka bahagia hingga ke anak cucu... nie serba sedikit la.. gambo yang bleh di kongsi...








sedang aku dok menunggu rombongan pihak lelaki... ye la.. janji kol 2..tapi tak sampai2 lagi...padahal menyeberang titi jer..gaknye mentera bersoleknya panjang.. hehehe...
kami geng2 kampung seberang...ekeke... aku n husband, adik ipar n wife, abg ipar husband aku.. dok2 la di luar.. tb2... abg ipar husband aku ternampak la satu pokok 'ajaib'.. huhuhu...
rupa buahnya seperti nanas.. tapi kecik sangat... adalah dalam 2 atau 3 inci.. kecik kan???..pokok ni di tanam di dalam pasu jer... ntah la... mana lah abg ipar aku dapat gaknyer.. ini lah gambo yang sempat aku amik...


















Sabtu, 9 Mei 2009

MAMA...I LOVE U... MAMA ... I CARE

SALAM...


Sedih gak aku... bila tiba Hari Ibu taun nie... aku tak dapat sambut dengan die... besa nyer... aku p bw family kuar makan la... taun nie... aku dah jauh... uwaaa.. yang bleh aku buat cuma tipon jer... n ucap kan selamat hari ibu...




aku tau die pon faham... cume aku rasa sket terkilan la... n lain sket...huhuhu... tapi tk pe aku dah bnk in kan duit kat adik aku soh bawak family p dinner ke... chewah...dinner lak... hehehe... ikut kata husband aku... p makan2 minom2 kat luar ler...

mak...jangan nangis lagi..doakan anak mak di perantauan ni


jgn lupa ucapkan SELAMAT HARI IBU pada ibu2 kalian sbg tanda ingatan dan syg kita padanya pada ahad 10 Mei,,i-Allah,,,syurga d bawah Tapak kaki ibu,,,hargailah selagi ibu kita masih hidup d dunia ini sebelum terlambat,,,,renung2kan dan selamar beramal,,,dr Prof zulmasrie,,hihihihihiii

Rabu, 6 Mei 2009

Mood- Buat soalan pertengahan tahun

hehehe... Busy2 pon sempat gak intai-intai blog...

pening2... buat soalan... huhuhu....

Selasa, 5 Mei 2009

kerana kau insan yang ku sayang....:)

matahariku

Tertutup sudah pintu .. pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau

Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Takada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dengarlah matahariku suara tangisanku
Kubersedih kerna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukan waktu

Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Takada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi


kekadang aku terasa sepi tu indah... tapi adakalanya sepi itu betul2 membuatkan aku rasa kehilangan.. kehilangan segala2nya... kehilangan yang sukar di mengertikan oleh akal... hidup tanpa arah... tanpa tujuan dan destinasi...

bila layan lagu nie... hati ku lagi tersentuh... tanpa kusedari... berderai air mataku... kenapa? sepi sangat ke aku nie... entah lah... mana silapnya... kenapa dia tak mendengar ku...

huhuhu... karat la plak... hampeh... tetapi kita seharusnya ada tempat untuk berbicara n meluah rasa.. n yang lebih baik.. hanyalah kepada-Nya kita meluah semua... memohon dari-Nya... kerana Dia, Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui...




pengubat hati ku......ezmier danish

TKDE APA2 YANG BERLAKU LAGI...

salam...
Alhamdullillah... setakat hari ini belum ada kes2 yang 'besar' berlaku... lega rasanya... cume beberapa orang pengawas tak menjalankan tugas... geram gak... coz dah diberitau... mentang2 lah guru besar tkde.. diorang ni nak dicakap baru nak buat... macam tukul ngan pemahat...
besa pengawas tahap 2 la... yang anggap diri mereka dah beso... kepala dah keras, orang kata la... aku lak tak ajar diorang... lagi lah kurang respek... hampeh...tkpe2..
tu lah TICE SU... dah bagitau ari tu tingglkan la petua atau aura2 dragonball ke... bior aku praktikkan... huhuhu...
k la... selamat menjalankan tugas...
chio....



Photobucket

Isnin, 4 Mei 2009

Tiga menteri Kabinet mahu guru tidak putus asa...


KUALA LUMPUR 24 Julai – “Kami dulu terdiri daripada anak murid yang kena cubit, kena piuh telinga, kena rotan di tapak tangan dan kena pelbagai disiplin tetapi ibu bapa hormat tindakan itu bagi melahirkan masyarakat berdisiplin,’’ kata Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Beliau mencadangkan kaedah hukuman jenis itu wajar ‘dilihat balik’ dalam usaha mendisiplinkan pelajar.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berkata, masih terdapat sebilangan besar anggota masyarakat yang mengiktiraf sumbangan dan pengorbanan guru.
Justeru, katanya, guru perlu tabah dan tidak mudah berputus asas dalam menjalankan amanah mereka.
‘‘Saya nak ingatkan kepada guru yang lain, jangan perkara-perkara yang ditimbulkan sejak kebelakangan ini meluntur dan melemahkan semangat mereka,’’ katanya.
Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin pula berkata, tindakan tegas para guru sering kali disalahertikan oleh segelintir pihak sedangkan kaedah pengajaran yang tegas telah terbukti melahirkan generasi yang berdisiplin.
Beliau berkata, apa yang cuba dibuat oleh warden asrama sebuah sekolah di Sarawak baru-baru ini mungkin satu pengajaran kepada kumpulan pelajar itu supaya tidak mengulangi kesalahan mereka.
“Kita tak dapat nafikan ada guru yang berniat baik. Kita tidak nafikan guru di Sarawak itu mempunyai niat baik kerana masalah yang dihadapi telah berpanjangan dan bukan baru.
“Malah dari segi agama pun kadang-kadang Tuhan turunkan bala untuk memberi peringatan dan pengajaran. Apa yang guru ini buat ialah supaya setiap murid bersama berkongsi perbuatan salah dan mencegah orang lain daripada membuat perkara sama,” katanya.
Ketiga-tiga menteri itu ditemui selepas pertandingan akhir Kuiz Perdana Khas Kemerdekaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penerangan di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini hari ini.
Menurut mereka, para guru tidak seharusnya mudah berputus asa dengan kritikan negatif yang dilemparkan terhadap profesion itu dalam media sejak akhir-akhir ini dan mereka perlu bersikap profesional menangani isu berkaitan dengan cara guru menangani masalah disiplin pelajar.
Mereka meminta masyarakat supaya tidak menghukum terlalu cepat guru yang dianggap bersikap keterlaluan dalam menangani disiplin a pelajar kerana terdapat guru yang betul-betul komited dalam menjalankan tugas mereka untuk mendidik anak bangsa menjadi insan berguna.
Menteri-menteri itu juga mahukan para guru bersikap terbuka dan menjadikan laporan media itu sebagai suatu iktibar.
Media sejak akhir-akhir ini menyiarkan laporan mengenai tindakan yang dianggap keterlaluan oleh guru ketika menghukum pelajar yang melanggar disiplin.
Terbaru adalah kes seorang guru yang juga warden asrama sebuah sekolah di Sarawak yang bertindak merendam 200 pelajar perempuan di dalam kolam ekoran kesalahan mereka membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas sungguhpun telah ditegur berkali-kali.
Hishammuddin turut mengingatkan para guru supaya berhemah dalam tindakan mereka menghukum pelajar supaya ia tidak disalahertikan dan menyebabkan guru lain berasa bersalah.
Sementara itu, Rais berkata, pendekatan untuk mendidik pelajar memerlukan penggabungan pendekatan lembut, pendekatan tegas dan tindakan disiplin.
Bagaimanapun, beliau berkata, tindakan disiplin itu boleh diperhalusi supaya ia sesuai dengan tuntutan zaman tanpa mengurangkan nilai pengajaran terhadap murid-murid yang terlibat
Cikgu, Jangan Pukul Budak Sekolah Sekarang….
Waktu kecil kecil dulu, bila ke sekolah, mak & ayah akan cakap sama cikgu,
“Cikgu, cikgu buatlah apa yang cikgu nak dekat anak kami. Nak cubit ke, nak pukul ke, nak rotan ke. Biar dia belajar hormat orang tua. Dan asalkan dia boleh belajar, jadi pandai supaya bila besar nanti boleh tolong orang tua.”
Sekarang, bila sudah masuk era kemodenan dan urbanisasi,
Cikgu tak boleh cubit.
Cikgu dah tak boleh pukul
Cikgu tak boleh denda.
Cikgu tak boleh rendam dalam air. Keterlaluan. Bahaya. Nanti gatal gatal.
Walaupun pelajar degil ditahap gaban sekalipun. Biarkan. Tak usah didenda.
Teruskan buang pad dalam mangkuk tandas. Tak apa, kalau didenda, pergi jumpa orang surat khabar. Orang TV pun ramai. Semua dahagakan berita sensasi. Semua tak sabar nak masyhurkan cikgu. Pengawas pun ada. Biarlah diorang korek pad tu dengan tangan diorang sendiri. Aku kan tak malu. Aku tiada kemaluan.
Sikit sikit, cikgu akan masuk surat khabar. Cikgu akan masuk berita TV1. Cikgu masuk TV3. Mak ayah akan komplen. Mak ayah hasut kementerian ambil tindakan tatatertib dekat cikgu. Mak ayah jumpa lawyer. Mak ayah nak saman cikgu. Nenek pun komplen. Nenek amat sayangkan cucu. Cucunya tak boleh dipukul. Cucunya tak boleh dirotan.
“Cikgu tak ada perasaan”.
“Cikgu kejam.”
“Cikgu suka buli.”
“Cikgu kurang ajar.”
Bila dah jadi camtu, kerajaan pun komplen.
“Tak ada orang nak jadi cikgu.”
“Tenaga perguruan kurang.”
Dulu profesion guru dimuliakan. Guru dihormati. Disegani. Kini….. melukut di tepi gantang. Tugas guru sekarang, masuk kelas, mengajar, balik, makan nasi, datang mengajar balik, balik rumah, tidor.
Cikgu, walau apapun persepsi, kaulah pembimbing kami. Tangan tangan pencubit itulah yang mendisiplinkan kami. Tangan tangan yang merotan itulah yang mendewasakan kami. Kami di sini pada hari ini kerana mu. Kami sayang kamu. Dayang pun sayang kamu. Terima kasih guruku.
aku amik dari satu blog... untuk kita kongsi...

kes cubit murid ...lak

salam

malam tadi sebelum aku tido... aku baca doa dulu ler...hehe...
tengah2 aku baca doa tu... terdengar satu bite kat tv (tut)... cita pasal murid, kena cubit...ermmm... masuk tv tu... glamer cikgu tu...

tapi rupa2 nya dak tu yang buat hal... p raba dak pompuan... aku yang dengar ni tensen gak... sampai masuk tv... padahal dia yang buat salah... takkan cikgu nak tengok jer.. hampeh tul... parents pon tau anak dia cam ne... ntah lah tak tau nak kata dah...

kita ni nak didik anak dia bagi pandai... kalau budak buat silap depan mata... tak kan awak nak biar jer.. dah besar nak jadi apa?..

dak2 sekarang ni over manje... buat salah tapi parent dok bel... kat sini ade parents siap tanya guru besar.. bila naik cuti sekolah... bukan tanya bila nak cuti...sebab tak tahan nak layan karenah anak dia... tu baru 2 orang... cikgu lak ade 40 orang murid..bayangkan lah.... macam2 karenah... pening tak pening la...

tapi tu la... guru2 di bayar gaji mengajar... mengajar je la... bukan mendidik lagi... macam tu la gak nye...


sama2 la beringat...

Ahad, 3 Mei 2009

MENGHADAPI HARI ESOK......

SALAM...
cam ne lah hari esok gaknyer... kerisauan nie... huhuhu...
kes apa yang bakal aku hadapi....cheh... macam peguam lak... ber'kes2'...ekeke..

ni lah amanah yang di tinggalkan oleh TICE SU pada aku... ntah ler.. macam2 hal.. doakan lah aku selamat dalam perjuangan 3 hari mendatang nie.. macam nak p berperang jer...:-p

dulu aku cikgu disiplin gak kat sekolah lama... tapi takde lah jumpa macam2 kes.... tu la... kalau sume sama tak best gak kan.. takde cabaran.. tapi ni dah terlebih mencabar... TICE SU dah lama kat sekolah ni... dia dah faham n terlebih masak dengan karenah dak2 kat sini... aku lak belum setahun dah di lantik jadi penolong guru disiplin... sekurang2 nya bagi lah aku masa untuk mengkaji n mendalami background diorang... tergezut aku dibuatnyer... huhuh... mana lah p cikgu2 lelaki ek.. yang tegas n garang sket... biar dak2 ni makan saman... aku yang lemah lembut ni di jadikan guru2 disiplin...hehe... (perasan lagi)...

apa2 hal pon.. minta2 ler takde kes yang bukan2... ermmm... selamat menjalankan tugas TICE LIN...

beringat2... 'budak2 tak salah'... ye ker?

Sabtu, 2 Mei 2009

KERETA AYAH...KERETA ANAK????

HUHUHU...BERBEZANYA...


salam... hepinyer aku coz, tadi ptg kuar jalan2 ngan hubby n anak aku... sempat lah round2 town.. n shopping sket2.. tu la... zaman gawat pon masih nak men'yopping' gak...hampeh... pe nak buat...

tapi aku tetap beringat tuk masa depan... cis.. bangga diri lak.. pasan..( kata anak aku lah) hehe...
sebelum aku masuk ke satu pasaraya... hubby n anak aku ternampak lah satu kiosk yang menjual permaianan..berhenti lah diorang kat situ... aku lak p lah menyambut 'nature kol'... hehehe... ingat kan pas aku sudah tu... diorang dah bersedia lah nak masuk dalam supermarket tu... rupa2nya masih kat situ lagi... dok belek2 keta control n mainan kat situ... aku pon dok tunggu ler... layan nyer layan dah hampir satu jam kat situ.. nek tensen aku...last2 aku belikan anak aku keta control kecik jer... nak budget ler katakan... huhuhu...
then barulah masuk ke supermarket tu... after beli2 barang yang berkenan di hati aku, hubby n anak aku... (tapi tu pun saling dok pesan antara satu sama len... ingat2 berbelanja kan)....keluarlah semula ke kiosk tadi nak amk keta control tu..( mana bleh bawa ke dalam supermarket kan).. ingat kan juz nak amk keta tu jer... rupa2nya hubby aku ada hati gak nak jugak beli...huhuhu... hampeh... tapi terkedu aku ...dia beli keta yang lagi besar n lagi canggih dari yang anak aku beli...ermmm... tak terkata aku... ishk2... nak budget pe cam ne...

ayah budak mengalahkan anaknya... gaknya masa kecik2 dulu dia tak puas main kan... zaman2 dulu mana de keta cam tu ... ermmm... lepaskan geram gaknya....hehehe... geli ati aku tengok hubby aku nie... cam ne pon layan jer lah... luv u honey...hihihi...







keta anak aku... cuba bandingkan?


hehehe...... walau apa pun mereka tetap antara orang2 yang aku sayang....


berkorban apa saja...
harta atau pun nyawa..
itu lah kasih mesra..
sejati dan mulia....





Jumaat, 1 Mei 2009

ISTIMEWANYA WANITA....



Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa."

"Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada
."

Assalamualaikum, Diam itu lebih baik kan.. Bila merasakan diri itu tidak diperlukan baik kita jauhkan diri kita dari mereka. Bila terasa ...

nuff

Cari Blog Ini

Arkib Blog