SPECIAL FOLLOWERS

Khamis, 30 April 2009

macam TAK caya je.....

7 kuasa handal Coca Cola...

1)Membersihkan cermin kereta anda yang berdebu/kotor/melekit..

2)Bahan aktif Coke adalah Phosphonic Asid pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari...

3)Pengedar minuman Coke telah menggunakanya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun lalu...

4)Di india, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka...

5)Menghancurkan tulang dalam masa 2 hari...

6)Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome...
7)Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat..

Cara nak kuruskan BADAN????


BLOG AKU NI UNTUK KITA KONGSI KAN? AKU DAPAT SATU CITE DARI KAWAN TAGGED AKU...


CARA NAK KURUSKAN BADAN

Cara Nak Kuruskan Badan

Seorang mamat yg mmg gemuk masuk ke sebuah fitness center dgn niat utk menguruskan badan.

Seorang lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi, "Kami menawarkan 2 program di sini... RM50 utk versi 'Biasa' dan RM100 utk versi 'Cepat'.
"Saya ingat nak ambil yg biasa punya sebab saya baru je nak try kuruskan badan", kata mamat tadi. "OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 5 di penjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter.Mamat tadi pun masuk laa ke bilik yg di suruh lalu menutup pintunya. Selang 2 minit kemudian, datang laa seorang perempuan yg mmg lawa, cantik, body best, mantap dan segalanya. Dia kemudian menanggalkan kesemua pakaian sehinggakan mamat tadi dah xsenang duduk dan berpeluh2. Perempuan tadi berkata, "Kalau tuan dapat kejar saya, tuan bole buat aaaaapa saja dgn saya... hik hik hik" dan dia terus berlari di dalam bilik itu. Mamat tadi pun kejar punya kejar, sampai 10 minit, pun xdapat2 jugak. Dia try lagi sampai akhirnya, dia jatuh terjelepuk ke lantai... pengsan. Apabila dia sedar, dia terus ke penimbang dan mendapati beran badannya telah turun 3kg."Wow! Mmg berbaloi aku bayar RM50... mmg senang rupanya nak kuruskan badan",katanya sendirian.

Esoknya, dia datang lagi ke situ dan terus ditegur oleh lelaki di kaunter.Setelah diberitahu program2 seperti semalam jugak, dia bersetuju untuk try versi 'Cepat'.
"OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 6 dipenjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter.

Setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglaa seorang body-builder yang taff dan terus melondehkan pakaiannya.Body-builder itu berkata, "Saya akan kejar kamu dlm bilik ini dan kalau saya dapat..hehehe.. =p


HAHAHAHA!!!!

LAWAK DARI KAWAN TAGGED AKU...

MakAN Pon NaK KEna PAKSA ke???!!!!!!

TAK TAU NAK BERSYUKUR


salam... selamat berteu kembali... dalam sesi luahan rasa... hehe


dah bape hari aku meninggalkan sekolah... ari ne aku kembali dengan cerianya... tapi pagi2 aku dah terlihat lah insiden yang menyayat , menyiat2 n yang tak bersangku paut dengannya lah...


sekumpulan ank2 murid aku tengah beratur nak ambil makanan di kantin... ermmm... rupa2nya.. mereka ni dkategorikan sebagai anak murid yang kurang mampu n mendapat bantuan makanan... huh!!


tak pe lah... tapi yang tensennya... mereka ni tak mau makan, makanan yang disediakan... tak ke geram tu.... dah lah di beri percuma... tak nak makan lak... sampai ade cikgu cakap..... nak makan pon kena paksa... diorag ni betul2 tak bersyukur... kalau lah mereka n di letakkan di Afrika...mesti diorang tak macam nie gaknya...

Rabu, 29 April 2009

MAkaN pON daPAT DUIT tuH!!!!! LUMAYAN..

ISLAND RED CAFE

SALAM KEPADA SEMUA DAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT BLOG SYE YG X BERAPE NK SIAP NIH.. NK DIPENDEKKANN CERITE, SYE SUDAH SEBULAN MENYERTAI PERNIAGAAN INI. SESUNGGUHNYE KEBANYAKAN ORANG TIDAK SUKA MELIBATKAN DIRI DALAM PERNIAGAAN MLM. PADA MULANYE MEMANG SYE JUGA SALAH SEORANG DARI ORANG YG SANGAT ANTI KEPADA PERNIAGAAN NIH, KERANA BANYAK KITER DENGAR DAN LIHAT PERNIAGAAN BERCIRIKAN BERGINI BERSIFAT PENIPUAN, PENDAPATAN YANG DIJANJIKAN TIDAK DIPENUHI SEPENUHNYER, DUIT YG DILABUR LESAP BERGITU SAHAJA..
PADA SUATU HARI, SEORANG KAWAN SEKERJA SAYA BERCERITA TENTANG PERNIAGAAN INI. PADA WAKTU ITU MINDA SAYE BERKATA "NIH DAH TENTU MLM LAGI", DISEBAB DIER RAKAN SAYE, SYE PON BUAT² LA DENGAR. SELEPAS DIJELASKN TENTANG PERNIAGAAN INI. SECARA TIBE² TIMBUL MINAT. DISINI SAYE LISTKAN APER PERKARA YG MEMBUAT SAYE JADI BERMINAT PADA PERNIAGAAN INI..
PERNIAGAAN INI TIDAK MEMERLUKAN MODAL YG BESAR (RM360)
TIDAK MEMERLUKAN MASA YG AGAK LAMa
TIDAK PERLU RAMAI DOWNLINE (2 ORG)
TIDAK PERLU HADIR TRAINING
TIDAK PERLU HADIR MEETING
TIDAK PERLU BERNYANYI SEPERTI LAIN² MLM
PROdUK PERNIAGAAN INI SANGAT UMUM IAITU MAKANAN DAN MINUMAN
PENDAPATAN TIADA BATASAN.
PERNIGAAN INI KITA NAMPAK DIDEPAN
MATA
SANGAT MUDAH UNTUK MENJALANKN PERNIGAAN IN
MASIH BARU DAN TIDAK RAMAI LAGI YG TERLIBAT DALAM PERNIAGAAN INI
KITER MULA TERFIKIR RM360 ITU AGAK BESAR BAGI SESENTENGAH ORANG. TAPI FIKIR SEMULA, RM360 SEBAHAGIAN DARIPADA WANG ITU IAITU RM300 AKAN DIPULANGKAN KEPADA ANDA DALAM BENTUK VOUCHER DIMANA ANDA BOLEH MEMBELANJAKAN WANG TERSEBUT DI CAFE UNTUK MAKAN DAN MINUM. DAN BAKI RM60 ITU ADALAH UNTUK PENDAFTARAN ,ANDA AKAN MENERIMA SATU PAGE DALAM LAMAN WEB RASMI ISLAND RED CAFE DAN JUGA KAD VOUCHER.
SETELAH SAYE BERFIKIR SEJENAK, PERNIAGAAN INI SANGAT MENGUNTUNGKAN DAN BERPANJANGAN, KERANA MANUSIA ITU SENDIRI AKAN SENTIASA MAKAN DAN JUGA MINUM, PERNIAGAAN SEPERTI AKAN SENTIASA AKAN BERKEMBANG.. DAN KITER SEBAGAI ORANG YG TERDAHULU MEMPROMOSIKAN CAFE INI AKAN MENERIMA PENDAPATAN YG SANGAT LUMAYAN..
PELUANG NIE... KITA KONGSI SESAMA...
BERMINAT SILA HUBUNGI:
SUFFIAN 0176975090
KHAIRUL 0123460733

Selasa, 28 April 2009

KONGSI JANGAN TAK KONGSI....:)







BANYAK GAK YANG AKU NAK KONGSI... TUNGGU JE LAH... :)... JANGAN BOSAN LAK NAK MEMBACA... EK...

BAHAYA SEH!!!!!


antaranya....

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil 'mencuci' yang kecil.Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian 'mencuci' mereka.




Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk'mencuci'haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol,sebagai dadah 'Dating' dan rogol. Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.




Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan 'mencuci' agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian. Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.Prodesterex asalnya adalahuntuk memandulkan kuda, Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.




Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.

INGATAN BUAT TEMAN2

salam..
kpd suma saudara Islam, tlg baca artikel ni smp habis:

akum = binatang dlm bahasa ibrami (yahudi)
semekom = celaka awak
bye = di bawah naungan pope (paderi
)

jadi, gunakan salam walaupun untuk singkatan assalamualaikum. sama2 lah kite btulkn diri dari dosa yg x disengajakn. forwardkn kalau anda syg ISLAM.
Aku pon tak tau...baru tau nie...
sebenarnya ni message kawan Tagged aku...
kita kongsi lah ya...

Isnin, 27 April 2009

TENGOK2...KONVOI KE KUALA KANGSAR..





SUZUKI





DUDUK BERSANTAI












PERSIAPAN TERAKHIR...


INI LAH DULU SERBA SEDIKIT GAMBO YANG AKU SEMPAT AKU POST... KONVOI MOTOR HONDA KLASIK SABAK BERNAM




KURSUS LAGI...

SALAM.. KURSUS LAGI
HUHUHU... BORING GAK... TAPI TU LER.. RINGAN SKET KEPALA...KALAU TAK TENSEN GAK KAT SEKOLAH NGAN DAK2...SEKALI SEKALA... TAPI SIB BAIK.. BENDA NIE AKU MINAT... ICT.. KALAU TAK MEMANG TENSEN.. BENDA TAK MINAT KAN... YANG TENSEN NYA..CARA PENYAMPAIAN.. DAH KELAM KELIBUT... NIE TIBA2 LAK DIE SURUH PRESENT.. DAH LAH DIE DOK TERANGKAN BENDA LEN...TB2 NAK SURUH PRESENT.. MEMANGLAH AKU DAH SIAPKAN... MASA DIE SIBUK2 KAT DEPAN...HIHIHI...
TAPI IKUT TURN LAH...AKU YANG GROUP 8 NIE TIBA2 DIA SOH PRESENT..HAMPEH...

Ahad, 26 April 2009

SESUDU BUBUR UNTUK SI IBU

Malam itu saya lihat ibu membuka penutup tin yang di letakkan di penjuru rumah. Ibu menggoncang2 dan meraup butiran beras di dalam tin itu. Hanya ada dua tin susu yang berbaki. Beras sudah habis rupanya. Pada siapa ibu hendak mengadu? Ayah? Saya tahu ibu tak mau memikirkan itu.
Ibumengerling kea rah kami yang masih belum makan. Ibu mengambil sedikit beras dari dalam tin susu itu, kemudian memasukkannya ke dalam periuk. Air di tuang sehingga penuh. Setelah hamper setengah jam, ibu masukkan ke dalam 10 buah pinggan yang telah tersedia. Makanlah sehingga licin. Malam itu kami tidur dengan nyenyaknya.
Pagi, kami bangun untuk bersarapan. Sekali lagi kami menghirup bubur cair itu sehingga habis. Walaupun cair saya rasakan bubur itu enak sekali. Kami mengadu tidak cukup, tetapi ibu tidak menghiraukan kami dengan menyibukkan diri membasuh pinggan dan periuk.
Tengah hari itu pun begitu. Bubur nasi yang cair untuk kami 10 beradik. Setiap kali waktu makan ibu pasti menadah tangan bersyukur anak2nya tidak kebuluran. Mungkin ibu bersyukur walaupun kami susah dan miskin tetapi kami tidak meminta2.
Masuk hari ketiga , kakak kami yang sulung memandang kea rah ibu yang sedang duduk membelakangkan kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sudu bersentuhan dengan mangkuk. Perlahan-lahan kakak mengensot mendekati ibu. Alangkah sedihnya kakak, apabila melihat ruapa2nya ibu hanya melagakan sudu di dalam MANGKUKNYA yang sebenarnya KOSONG. TIADA SEBUTIR BERAS NASI DI DALAM MANGKUK IBUNYA!
Kakak berbisik anatara kami. Kemudian kami sepakat menghadiahkan sesudu bubur untuk ibu. Kami sedih kami tahu ibu sedang kelaparan, tetapi ibu tidak mahu memberitahu kami. IBU BERKORBAN UNTUK KAMI.
Kakak menghulurkan semangkuk bubur cair yang kami kongsi tadi.
“MAKANLAH MAK” kata kakak, perlahan.
Ibu berpaling memandang kakak. Tanpa menyentuh mangkuk yang di hulurkan, ibu bingkas bangun, kemudian terus berlari ke bilik dan menutup pintu. Kami hanya mampu melihat titisan2 air mata ibu berciciran di lantai sehingga ke pintu bilik……
Adapatasi dari MASTIKA MEI 2009.
CERITA DARI SEORANG PENDENGAR RADIO, TAHUN LEPAS
.
Alangkah besarnya pengorbanan seorang ibu… bagaimana dengan kita? DIMANAKAH IBU BAPA KITA PADA MASA INI? SIHATKAH MEREKA?
Cam aku.. ayah dan mak aku jauh dah.. hanya telefon penghubung kami sekarang. Huhuhu… sedih seh! Mula2 aku baca ceta nie.. nangis. Coz ingat gak susah payah mak n ayah aku membesarkan kami adik beradik. Tapi jasa mereka belum terbalas. Huhu… SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN KEBAHAGIAAN KEPADA MEREKA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT..AMIN

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU….

Khamis, 23 April 2009

UNTUK KITA KONGSI

HATI-HATI APABILA ANDA SEDANG MARAH, PERKATAAN YANG KELUAR DARI MULUT ANDA MUNGKIN AKAN MELUKAKAN HATI INSAN YANG TERSAYANG. FIKIR SEBELUM BERKATA-KATA......
TU LA... KITA NI KEKADANG KALAU MARAH DAH TAK INGAT DAH... SEMUA BENDA NAMPAK KECIK JER... SYAITAN MUDAH MEMPENGARUHI KITA PADA MASA TU.. TU YANG BUAT KITA TAK INGAT APA YANG KITA UCAP ATAU BUAT... SEDANGKAN PERBUATAN OR PERCAKAPAN KITA NIE MELUKAKAN INSAN DI SEKELILING KITA...
MACAM MANA YA NAK ILANGKAN PERASAAN MARAH?
BANYAK... MARI KITA LIHAT APA KATA SURVEY...
PENDAPAT PERTAMA:
Ketika marah yang membara ada pada diri anda sebaiknya mengambil wudu, karena kata Rasulullah ketika seseorang marah sebaiknya mengambil air wudu agar emosi/ marahnya reda. Insya Allah ini akan meredakan amarah anda.Hubungan Ego dengan Emosi sangat berhubungan betul, karena ego itu merupakan rasa ingin menang dan dia lah segalanya, sedangkan emosi adalah rasa dan dorongan yang kuat dari hati seseorang yang datang dari ego kita sendiri.
PENDAPAT KEDUA:
Lakukan satu macam pekerjaan lain sebelum marah. Sangat baik kalo berhubungan dengan air. Mungkin akan membatalkan setidaknya mengurangi niat anda untuk marah.
PENDAPAT KETIGA:
KALAU KITA SEDANG BERDIRI KITA DUDUK.. DUDUK, DIAM SEKETIKA...CUBA TENANGKAN FIKIRAN, BERISTIGHFAR , MINUM AIR... DAN BANGUN SEMULA TETAPI MENCARI ALTERNATIF LAIN.. SEPERTI MENDENGAR MUZIK, MENONTON TV...
MACAM-MACAM KAN? TAPI SEBENARNYA TERPULANG PADA INDIVIDU ITU SENDIRI.. CARA ATAU BAGAIMANA DIA DAPAT MEREDAKAN KEMARAHAN DIRINYA..
HEHEHE... SEKADAR BERKONGSI...

Photobucket

Rabu, 22 April 2009

PPSMI LAGI

BERITA TERKINI...HIBURAN SENSASI

BARU DAPAT BERITA NIE... GURU-GURU YANG MENDAPAT BISP TETAPI MENGAJAR KURANG DARI 20 WAKTU TIDAK LAYAK MENDAPAT BISP... DAN MEREKA TERPAKSA MEMULANGKAN SEMULA ELAUN TERSEBUT YANG DITERIMA DARI JANUARI 2009...

ENTAH LAH BETUL KE TAK... MARI KITA TANYA SURVEY...

SEMPAT LAGI TUH....



HEHE... JUMPA LAGI... KEBORINGAN NIE... KURSUS TAPI TOPIK YANG SAMA... ICTL... SETIAP TAHUN ADER...
BENDA YANG SAMA LAK TU... NAK DI REFRESH SEMULA... AKU NIE... BILA BENDA YANG DI ULANG SEMULA TU YANG TENSEN... TAPI DAH DI PANGGIL KURSUS...TAK DATANG.. SURAT TUNJUK SEBAB LAK KUAR...ERMM..NASIB BAIK AKU CHEKGU YANG BERDISIPLIN ( YE KE) HIHIHI... DI PANGGILKURSUS TERUS DATANG


MOTOR KLASIK

NI LER MOTOR HUSBAND AKU... HONDA CB... EKZOS DUA TU... BUNYI ALAHAI MACAM GURUH... BISING SEH... TAPI TU LER ORG LELAKI NI KAN MACAM2 DI BUAT NGAN MOTOR DIORANG.. PETANG NIE DIA AJAK AKU NAIK MOTOR TU BERSIAR-SIAR KELILING KAMPUNG.... ALA2 RETRO GITU...HIHIHI..CAMNE LAH ORANG KAMPUNG TENGOK AKU KAT ATAS MOTOR TU... BUNYINYE JE DAH BUAT ORANG PANDANG SEPLOH KALI... HUHUHU... AKU LAK 'GANAL' KATA ORANG BANJAR LAH... ORANG MELAYU KATA 'BIG SIZE'...
TAPI BANGGA TU... NAIK MOTOR YANG DAH HAMPIR PUPUS...
K LAH..
TAPI MOTOR NIE LOM SIAP LAGI... KENA TOUCH UP SKET2... NANTI DAH SIAP AKU POST KAT SINI...HIHIHI
SALAM...SAMPAI JUMPA LAGI

Selasa, 21 April 2009

LUAHAN RASA HATI SEORANG CIKGU

MACAM-MACAM HAL SEKARANG.. KES DISIPLIN DAK2 SEKOLAH NI EK... DULU AKU TAK RASA SANGAT TAPI SEJAK AKU DATANG SEKOLAH NI, MACAM2 HAL AKU JUMPA.. MANA LAH TAK MIGRAIN GURU DISIPLIN EK..
CUBA FIKIR NAK SALAH KAN SIAPA EK... SALAH BUDAK2 TU KE? OR MAK BAPAK DIORANG... ATAUPUN SALAH CIKGU YANG TAK PANDAI MENGAJAR... CIKGU KAT SEKOLAH NAK MEROTAN TAK BENARKAN LAK... NASIHAT TAK JALAN DAH... GELAK2 LAGI ADALAH... CUBALAH BAGI IDEA APA NAK DI BUAT DENGAN DIORANG... ORANG2 KAT LUAR SANA, BILA ADA KES JENAYAH PASAL MURID MASUK PAPER OR TV DOK SALAH KAN CIKGU KAT SEKOLAH.. TAPI DIORANG TAK FIKIR ...CIKGU KAT SEKOLAH PENING KEPALA DENGAN PERANGAI BUDAK2 SEKARANG... NAK MENGAJAR LAIN.. TUGAS2 KHAS LAIN... NI DISIPLIN BUDAK2 SEKARANG YANG DAH MAKIN TERUK... ADA SESUATU BERLAKU JER...ORANG ATASAN TURUN SEKOLAH.. SALAHKAN CIKGU GAK... DI RUMAH IBU BAPA JAGA 4 OR 5 ANAK PON DAH PENING KEPALA...APA LAGI KALAU DAH SAMPAI 40 ORANG... HUH.. TAK TAU NAK CAKAP DAH..
DIORANG NIE KALAU BUKAN BAKAL MEMIMPIN NEGARA PON ..TAPI BAKAL MEMIMPIN KELUARGA SENDIRI.. NI BARU SEKOLAH RENDAH.. SEKOLAH MENENGAH NTAH APA YANG DI BUAT LAK... KALAU KAT KOLEJ, JENAYAH APA LAK YANG DIORNG LAKUKAN...FIKIR2 KAN WAHAI KAWAN2 SEKALIAN...
APA2 HAL PON... TUGAS MESTI DI LAKSANAKAN... BUKAN MERUNGUT TAPI LUAHAN RASA... SUPAYA ORANG2 DI LUAR SANA FAHAM...

Isnin, 20 April 2009

CILI UNGU




u all pernah jumpa ker cili warna ungu.. ke aku sorang je yang tak pernah jumpa...;))..hihihi...





cili ni tumbuh kan depan umah mak mentua aku... heran gak.. besa cili warna merah hijau, oren or putih... ni warna ungu lak...
saja nak try2 jadik gak...hehehe...thanks kak suPhotobucket

Photobucket

SHARING

menelefon seminit bertanya khabar ibubapa adalah lebih murah dari secawan teh tarik dan masa yang terbuang berbual kosong.... hargailah orang tua anda selagi mereka masih ada...
miss my parents...huhuhu...
dah dok jauh nie... teringat la zaman2 dok dengan mereka...
suka2 hati kita nak buat apa... dah dok ngan mentua..huhuhu..kena lah pandai2 bawa diri...
macam2 hal...
apa2 hal pon aku hepi sebab ni lah kali pertama aku pindah dari negeri asal aku..hehehe... kalau tak rasanya tak pernah aku nak kuar dari JOHOR tu.. la nie.. merasa gak aku jadi orang Selangor.. jadi ahli keluarga Banjarian ...hehe..
tak pernah aku mimpikan akan berjauhan dari keluarga aku sendiri...
apa2 hal pon aku doakan Ibu dan Ayah aku akan bahagia selama-lamanya...

Khamis, 16 April 2009

LAGI MOTOR-MOTOR HUSBAND





ni la motor-motor kesukaan husband aku... ada yang dia impikan huhuhu... la ni sibuk lak nak MOTOR2 BRITISH... lemah den... sebijik bukan harga 4 atau 5 ribu... tapi berbelas2 ribu... ada yang lebih 20 ribu... cis...
pening2... kat umah tu ade 2 bijik motor HONDA CB... la nie dok siapkan motor dia sebab nak p event di KUALA KANGSAR... konvoi dengan ahli-ahli CLUB HONDA CLASIC SUNGAI BESAR...
tensen aku coz kena tinggal... len kali bawa lah wife abg nie sekali... hihihi... macam lah dia baca apa yang aku type nie yerk...
apa-apa hal pon ...wife abang nie doakan abg...selamat pergi dan selamat pulang... AMIN...
cheh... sapa tak sayang husband...

MOTOR-MOTOR IDAMAN HUSBAND...








ANak SAPalaH NiEE???


huhuhu...cian anak mama nie... ngantuk yer die...



SHARING


mencapai impian adalah satu tanggungjawab, maka pastikan hati sentiasa utuh dan usaha kita ikhlas..... kerana akhirnya nantikepuasan akan tercapai pabila impian berjaya di gapai...

Rabu, 15 April 2009

ReNunGAn BeRsAMa


Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa... Mengenali seseorang itu kadangkala juga membuat kita mengalir airmata... Sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa.... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu.... Tapi, sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya seketika dan sekadar TEMAN SEMENTARA... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN...

Selasa, 14 April 2009

SHARING

........APABILA MENEGUR ATAU MENGKRITIK, BIARLAH DENGAN KATA-KATA YANG LEMBUT DAN TIDAK MENYAKITKAN HATI. IBARAT MENARIK RAMBUT DI DALAM TEPUNG, RAMBUT TAK PUTUS DAN TEPUNG TIDAK BERSELERAK.....

Sabtu, 11 April 2009

REnuNgAN bErsaMA...

Assalammualaikum wbt...

TERJEMAHAN BACAAN TALKIN
Bersama Lah Kita Untuk Menghayatinya Dimana Pasti Kita Akan Bertemu Dengan Nya...... Maksud Talkin ( Dalam RUMI ) Talkin yang selalu dibaca untuk orang yang meninggal dunia. Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah.. WALLAHU A'LAAMM.
Bismillah hir rah man nir rahim. Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa. Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha Besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala. Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata : Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah".
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar. Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan,
kami merayu dan bermohon kepadaMu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalin walhamdulillahi rabbil alamin. Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut" Firman Allah SWT, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr .
Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..." Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw :
"Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu i tu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
1. Para Nabi 2. Para Ahli Jihad 3. Para Alim Ulama 4. Para Syuhada 5. Para Penghafal Al Quran 6. Imam atau Pemimpin yang Adil 7. Tukang Azan 8. Wanita yang mati kelahiran/beranak 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya 10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: "Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hambaKu berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. "Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekalian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah SWT di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."
Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan."

*@- FiRSt tiMe NiEe......


salam pada yang sudi nak lawat blog yang tak seberapa nie... lin in ice is waiting....:)......peace, no war

Assalamualaikum, Diam itu lebih baik kan.. Bila merasakan diri itu tidak diperlukan baik kita jauhkan diri kita dari mereka. Bila terasa ...

nuff

Cari Blog Ini

Arkib Blog