SPECIAL FOLLOWERS

Ahad, 26 April 2009

SESUDU BUBUR UNTUK SI IBU

Malam itu saya lihat ibu membuka penutup tin yang di letakkan di penjuru rumah. Ibu menggoncang2 dan meraup butiran beras di dalam tin itu. Hanya ada dua tin susu yang berbaki. Beras sudah habis rupanya. Pada siapa ibu hendak mengadu? Ayah? Saya tahu ibu tak mau memikirkan itu.
Ibumengerling kea rah kami yang masih belum makan. Ibu mengambil sedikit beras dari dalam tin susu itu, kemudian memasukkannya ke dalam periuk. Air di tuang sehingga penuh. Setelah hamper setengah jam, ibu masukkan ke dalam 10 buah pinggan yang telah tersedia. Makanlah sehingga licin. Malam itu kami tidur dengan nyenyaknya.
Pagi, kami bangun untuk bersarapan. Sekali lagi kami menghirup bubur cair itu sehingga habis. Walaupun cair saya rasakan bubur itu enak sekali. Kami mengadu tidak cukup, tetapi ibu tidak menghiraukan kami dengan menyibukkan diri membasuh pinggan dan periuk.
Tengah hari itu pun begitu. Bubur nasi yang cair untuk kami 10 beradik. Setiap kali waktu makan ibu pasti menadah tangan bersyukur anak2nya tidak kebuluran. Mungkin ibu bersyukur walaupun kami susah dan miskin tetapi kami tidak meminta2.
Masuk hari ketiga , kakak kami yang sulung memandang kea rah ibu yang sedang duduk membelakangkan kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sudu bersentuhan dengan mangkuk. Perlahan-lahan kakak mengensot mendekati ibu. Alangkah sedihnya kakak, apabila melihat ruapa2nya ibu hanya melagakan sudu di dalam MANGKUKNYA yang sebenarnya KOSONG. TIADA SEBUTIR BERAS NASI DI DALAM MANGKUK IBUNYA!
Kakak berbisik anatara kami. Kemudian kami sepakat menghadiahkan sesudu bubur untuk ibu. Kami sedih kami tahu ibu sedang kelaparan, tetapi ibu tidak mahu memberitahu kami. IBU BERKORBAN UNTUK KAMI.
Kakak menghulurkan semangkuk bubur cair yang kami kongsi tadi.
“MAKANLAH MAK” kata kakak, perlahan.
Ibu berpaling memandang kakak. Tanpa menyentuh mangkuk yang di hulurkan, ibu bingkas bangun, kemudian terus berlari ke bilik dan menutup pintu. Kami hanya mampu melihat titisan2 air mata ibu berciciran di lantai sehingga ke pintu bilik……
Adapatasi dari MASTIKA MEI 2009.
CERITA DARI SEORANG PENDENGAR RADIO, TAHUN LEPAS
.
Alangkah besarnya pengorbanan seorang ibu… bagaimana dengan kita? DIMANAKAH IBU BAPA KITA PADA MASA INI? SIHATKAH MEREKA?
Cam aku.. ayah dan mak aku jauh dah.. hanya telefon penghubung kami sekarang. Huhuhu… sedih seh! Mula2 aku baca ceta nie.. nangis. Coz ingat gak susah payah mak n ayah aku membesarkan kami adik beradik. Tapi jasa mereka belum terbalas. Huhu… SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN KEBAHAGIAAN KEPADA MEREKA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT..AMIN

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU….

Tiada ulasan:

Assalamualaikum, Diam itu lebih baik kan.. Bila merasakan diri itu tidak diperlukan baik kita jauhkan diri kita dari mereka. Bila terasa ...

nuff

Cari Blog Ini

Arkib Blog