SPECIAL FOLLOWERS

Ahad, 6 Disember 2015

Al-Fatihah untuk arwah Pak Yus

Assalamualaikum,

maaf post ini hanyalah luahan salah seorang peminat arwah Pak yus.. dan untuk catatan peribadi saya mengenang seorang pelawak yang bernama Yusri B. Edo.. supaya bila saya membuka kembali blog ini saya akan tetap mengingati siapa arwah, yang selalu membuat peminat-peminatnya ketawa..
walaupun tidak pernah bersua muka dan mengenali arwah secara dekat, namun saya amat merasakan dekat dengan Pak Yus.. bukan saya sahaja, malahan luahan rakan2 fb mengatakan perkara yang sama.. awal-awal kemunculannya, saya selalu berkata kepada pada adik saya, "napi, rupa n perangai pak yus tu macam ko la".. simple, santai n bersahaja.. walaupun adik saya bukanlah pelawak n tapi dia adalah penglipur lara keluarga kami.. maaf sekali lagi.. saya bukan nak samakan pak yus dengan sesiapa.. arwah tiada pengganti..

saya merasakan amat terkesan dengan pemergiaannya, kerana hampir setiap hari melihat wajah arwah di kaca tv.. dan saya memang akan tertunggu2 kemunculan Pak Yus, dalam setiap program lawak di astro.. Maharaja lawak mega, redah kasi pecah ekstravaganza, super spontan.. n yg terbaru juara parodi..tetapi maharaja lawak 2015, setelah kumpulan Virus terkeluar, minat untuk menonton program tersebut kurang n hambar...

saya akan menangis apabila menonton rancangan khas untuk arwah Pak Yus, walau dah berhari2 di ulang.. namun kesedihan itu tetap ada.. mendengar kisah2 sedih dan cerita dari rakan-rakan artis mengenai Pak Yus.. membuatkan saya dan anak2 menitis airmata..

Pak Yus, walau rezeki awak untuk mendapat anugerah atau menang dalam program yang awak bertanding namun awak telah mendapat anugerah yang lebih besar dari itu.. kawan-kawan, peminat dan keluarga yang besar yang sentiasa akan mengingati awak dan mendoakan awak di alam sana.. kami akan merindui Pak Yus.. Al- Fatihah untuk arwah Yusri b. Edo.. semoga arwah sentiasa di cucuri rahmat Allah.. aamin

Rabu, 29 Oktober 2014

teman terakhir

awak cinta terakhir saya

saya memang gilakan awak. saya memang sayangkan awak. awak sayang saya tak? kenapa awak tak layan saya? kenapa awak tak pedulikan saya? rindunya pada awak. awak tak ingat saya ke? kalau saya takde awak cari saya tak? kalau saya takde awak rindu saya tak? awak takde masa ke untuk saya? awak tak kisah ke kalau saya pergi? awak saya, sangat-sangat sayangkan awak. dulu sebelum kita kahwin, saya selalu doa dan minta pada Allah supaya Dia bagi awak kat saya. dan Alhamdulillah, doa saya Allah makbulkan. saya dapat awak. tapi saya silap saya berdoa hanya untuk saya. saya tak tau awak benar-benar sayang kat saya atau tak. tapi sekarang saya dah nampak. awak tak perlukan saya. sayang awak hanya sementara. sayang awak bukan untuk saya. sayang awak untuk yang lain. alangkah bertuahnya dia. alangkah malangnya saya, kerana saya bukan dia. awak, saya nak pergi jauh dari awak. tapi saya tak mampu. saya nak tinggalkan awak, tapi saya tak boleh. bagaimana saya nak hidup tanpa awak? bagaimana saya nak harungi hidup saya nanti. awak, saya nak awak selalu ada di sisi saya. saya nak awak temani hari-hari saya. saya nak awak sentiasa buat saya tersenyum dan ketawa seperti dulu. saya nak semua tu. kenapa saya tak boleh bahagia? kenapa awak tak boleh bahagiakan saya? kenapa awak? saya tak pernah curang pada awak. saya setia pada awak. saya nak awak setia pada saya juga. awak, tolong jangan pergi dari saya. awak, tolong jangan tinggalkan saya. saya sangat sayangkan awak. bagi saya awak cinta terakhir saya.



alahai sedihnya... ermm.. harap2 tidaklah terjadi seperti ini... Semoga Allah kekalkan jodoh dan rumahtangga kita hingga ke Jannah

Rabu, 16 Julai 2014

udang karamel ringkas

Assalamualaikum,

akak nak share udang karamel yg sgt mudah untuk juadah berbuka puasa... resepi sebenar adalah kepak ayam sticky karamel.. tapi akak tukar pada udang.. ok gak la rasanya...tak yah la nak membebel panjang2.. so akk share la resepinya... tq pada empunya resepi sebenar.. akk lupa lak sapa.. maaf ya.. kalau anda terbaca minta halalkan n akk derhaka coz tukar ayam jadi udang...

1/2 kg udang sederhana besar
3 ulas bawang putih di hiris
1 inci halia di hiris
1sdk serbuk lada
sos cili
kicap
1/4 cawan madu
1sk pasti sedap
2 sb minyak masak

1. tumis bawang putih n halia. masukkan serbuk lada. kalau dah garing masukkan udang.
2. bila dah hampir masak masukkan sos cili, madu kicap dan pasti sedap.
3. goreng sampai kering dan udang dah di saluti rempah.

Jom Nasi Mandy ayam saudi

assalamualaikum,

cadangan menu berbuka petang ni.. nasi arab.. dapat dah tempahan nasi mandy  ayam dari kawan..  so balik ni kena p beli ayam and tomato puri.. stok ayam mentah kat umah tu dah abis.. so ke pasar sg hj dorani la kita... ber nasi arab la kita hari ni..



Isnin, 14 Julai 2014

puding roti marble

bahan-bahan:

1 peket agar-agar
5 keping roti
i tin susu cair
1/2 susu pekat
2 sudu gula
1 biji telur
1sk esen vanilla
pewarna pilihan

cara:
1. masak agar-agar dan gual.
2. roti, susu cair, susu pekat, telur, esen vanilla di blender.
3. campurkan ke dalam agar-agar yang sudah mendidih. kacau hingga pekat.
4. keluarkan dan bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna pilihan.
4. masukkan ke dalam acuan berselang seli. sejukkan di dalam peti sejuk.



kerepek laksa kering mudah

Assalamualaikum..

selamat bertemun kembali.. kali ni akak nak cite pasal masakan lak..
 konon2 nya buat homemade twisties tuk raya nanti.. tapi ghupe2 nya tak sempat..
 kiranya dah jadi makanan faberet anak2 akak..
resepinya mudah je.
. jom kita try buat..
 mudah dan senang..

laksa kering
3 sb nestum
2 sb serbuk kari
1 sk pasti sedap
garam
gula

cara:
1. patah2 kan laksa kering hingga jadi kecil.
2. basuh dan jemur hingga betul2 kering.
3. goreng hingga kembang dan ketepikan.
4.campurkan nestum, serbuk kari, gula, garam dan pasti sedap. semua ni di blender. gaul sebati dengan laksa yang telah d goreng tadi. siap....

Jumaat, 11 Julai 2014

penguat semangat

Satu hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Cukuplah seseorang itu dianggap berdosa apabila suami mensia-siakan orang yang menjadi tanggungannya.” – hadis riwayat Abu Daud.Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.” – surah al-Nisa’ ayat 34.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Orang yang mampu memberi nafkah hendaklah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka dia hendaklah memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu). Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.” – surah al-Talaq ayat 7.

Sememangnya cemburu itu fitrah terutama kepada kaum wanita. Diriwayatkan, Sayidatina Aishah r.anha pernah bertindak mengekori Rasulullah SAW pada waktu tengah malam ketika sedar Rasulullah SAW keluar tanpa memaklumkan kepadanya yang sedang tidur. Diekorinya Rasulullah SAW hingga jelas di matanya, Rasulullah SAW mengunjungi makam Baqi’ dan berhenti seketika serta membacakan tiga doa. Usai berdoa, Rasulullah SAW kembali ke rumah. Tindakan Sayidatina Aishah diketahui oleh Rasulullah SAW lalu baginda Rasul menjelaskan: “Jibril datang kepadaku dan menyampaikan agar aku segera ke Baqi’. Aku sangkakan kau tidur lena maka aku keluar tanpa memaklumkannya kepadamu.”

Isteri Rasulullah SAW juga boleh bersikap cemburu, boleh timbul curiga dalam dirinya sedangkan sedia maklum, suaminya adalah manusia pilihan. Apakah bererti kita wanita akhir zaman ini boleh bertindak berlebihan pula. Ya lah! Kalau begitu perlakuan isteri yang punya suami manusia terpilih, maka wanita yang punya suami dengan pelbagai kekurangan boleh lah bertindak lebih lagi. Betul kah? Betullah tapi masih perlu dalam batasan.

Assalamualaikum, Diam itu lebih baik kan.. Bila merasakan diri itu tidak diperlukan baik kita jauhkan diri kita dari mereka. Bila terasa ...

nuff

Cari Blog Ini

Arkib Blog