SPECIAL FOLLOWERS

Jumaat, 11 Julai 2014

penguat semangat

Satu hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Cukuplah seseorang itu dianggap berdosa apabila suami mensia-siakan orang yang menjadi tanggungannya.” – hadis riwayat Abu Daud.Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.” – surah al-Nisa’ ayat 34.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Orang yang mampu memberi nafkah hendaklah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka dia hendaklah memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu). Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.” – surah al-Talaq ayat 7.

Sememangnya cemburu itu fitrah terutama kepada kaum wanita. Diriwayatkan, Sayidatina Aishah r.anha pernah bertindak mengekori Rasulullah SAW pada waktu tengah malam ketika sedar Rasulullah SAW keluar tanpa memaklumkan kepadanya yang sedang tidur. Diekorinya Rasulullah SAW hingga jelas di matanya, Rasulullah SAW mengunjungi makam Baqi’ dan berhenti seketika serta membacakan tiga doa. Usai berdoa, Rasulullah SAW kembali ke rumah. Tindakan Sayidatina Aishah diketahui oleh Rasulullah SAW lalu baginda Rasul menjelaskan: “Jibril datang kepadaku dan menyampaikan agar aku segera ke Baqi’. Aku sangkakan kau tidur lena maka aku keluar tanpa memaklumkannya kepadamu.”

Isteri Rasulullah SAW juga boleh bersikap cemburu, boleh timbul curiga dalam dirinya sedangkan sedia maklum, suaminya adalah manusia pilihan. Apakah bererti kita wanita akhir zaman ini boleh bertindak berlebihan pula. Ya lah! Kalau begitu perlakuan isteri yang punya suami manusia terpilih, maka wanita yang punya suami dengan pelbagai kekurangan boleh lah bertindak lebih lagi. Betul kah? Betullah tapi masih perlu dalam batasan.

Tiada ulasan:

Assalamualaikum, Diam itu lebih baik kan.. Bila merasakan diri itu tidak diperlukan baik kita jauhkan diri kita dari mereka. Bila terasa ...

nuff

Cari Blog Ini

Arkib Blog