cikgu n cikgi pon bersemangat gak.. siap nak buat maskot masa temasya sukan nanti.. tu untuk umah aku je ler... hehe.. umah len tak tau la... harap2.. taun ni meriah la sukan tahunan sekolah kami... jom datang temasya sukan pada 1 Mei 2010... hari cuti tu.. rasa2nyer parents pon ramai la yang hadir kan... maklum la, ari cuti..
SPECIAL FOLLOWERS
Rabu, 21 April 2010
jom lepak...
letih hari nie ngan dak2... tk dengo cakap... huhu... tp tu la, sib bek la ader penawar jiwa tengok semangat kesukanan diorg...
Khamis, 15 April 2010
BAHAGIA BUKAN MILIKKU...
Kenangan memang susah nak di lupakan. Susah payah berkorban dan berusaha akhirnya ternyata semuanya sia-sia. ‘Alahai hati, susahnya nak pujuk kau’. Ternyata cinta memang tak pernah melupakan airmata. Setiap kegembiraan yang kualami akan di selangi dengan kesedihan. Huh! Apalah aku ni tak sudah-sudah memikirkan hal yang dah lepas.
“Ibu! Ibu! Nak susu,” jerit anak bongsu ku. Terkedek-kedek berlari dengan membawa botol susunya.
“ Ya sayang, jap ya..mana botolnya?”
“Tak de…hehehe..” dia menyembunyikan botolnya di belakang. Terkekek-kekek dia ketawa. Dia ni lah penawar luka di hatiku, sejak aku berpisah dengan ayahnya. Ku renung wajahnya. Memang dia miripku. Tidak ada sedikit pun rupa ayahnya. Kulitnya yang cerah, matanya yang kecil sama seperti ku. Dia anakku, aku yang jaga dia sejak dia kecil lagi dan setelah aku becerai akulah ibu akulah ayah.
“Ibu! Ibu! Iman nak susu!” jeritnya hampir menangis.
“ Maaf sayang ibu terlupa. Sayang dia. Sini botol ibu buat.” Kupeluk Iman dengan penuh kasih sayang. Kau lah permata hati ibu sayang.
*********
“Apa lagi yang kau fikir, lupakan je lah dia tu. Bukan sekali dia buat kau macam tu. Dah banyak kali kan?” kak Ju menghentikan lamunan ku. Aku tau dia perasan mata aku yang sembab, akibat menangis semalam.
“ Tapi kak. Saya betul-betul sayangkan dia. Bukan senang nak lupakan dia.” Aku memang sedar semuanya. Tapi bila perasaan dah menguasai fikiran ini lah jadinya. Nasihat orang lain semua takkan masuk.
“ Entahlah Lin. Dah berbuih aku nasihatkan kau. Sayang memanglah sayang.tapi kalau kau selalu macam ni. Berbaloi ke sayang kau tu? Kau bodoh-bodoh fikirkan dia. Dia senang-senang hati kat sana. Cubalah kau fikir sendiri. Sebelum kau terus berendam airmata dan terus terluka baik kau tinggalkan dia. Aku ni cakap untuk kebaikan kau juga.” Kak Ju terus membebel. Aku tau niat dia baik. Hanya dia kawan yang aku percayai. Tempat aku mengadu masalah ku.
“ Saya pun tak tau kak, bila semua ni akan berakhir. Kadang-kadang ada terniat juga nak buat macam tu. Tapi saya tak kuat kak. Bila dia telefon saya semula. Hati saya akan berbunga riang. Lupa apa yang dia buat pada saya. Semuanya kembali seperti sediakala.” Pilunya rasa hati bila ingat-ingat balik. Kebodohan ku menyebabkan aku memang senang di sakiti.
“Sudah lah tu. Aku pun tak tau nak cakap macam mana lagi. Terpulanglah pada kau. Cuma kau mesti ingat, pengalaman yang lepas tu jadikan pengajaran. Jangan sampai kau di permain-mainkan lagi. Lelaki zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat. Kau bukan tak tau.”
“Ya kak Ju sayang. Terima kasih kak.” Bila dah berbual dengan kak Ju, rasa lapang sikit hatiku. Aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri. Dia memang baik. Sesungguhnya aku menyanyangi dia.
*********
Bosannya siaran televisyen malam ni. Langsung tak de yang menarik. Manalah Zack pergi ni. Dia dah lupa pada aku ke? Sedihnya. Inilah aku. Kalau boleh aku nak dia sentiasa di sisiku. Tapi dia tak seperti ku. Kalau seminggu aku tak hubungi dia, dia tak kan risau. Sedangkan aku, terhegeh-hegeh menunggu panggilan atau mesej dari dia. Bagiku sehari tak dengar berita darinya bagaikan tak sempurna hariku. Kalau aku telefon dia nanti, mesti dia marah. Biarlah dulu. Tunggu sekejap lagi.
Aku tertidur rupa-rupanya. Huh! Letihnya badan. Ku capai telefon bimbit di sebelah ku. Masih tiada mesej atau panggilan dari Zack. Apalah yang dia sedang buat sekarang agaknya. Terdetik hatiku untuk menghubunginya, tapi aku risau kalau dia sedang sibuk. Jam menunjukkan pukul 9.15 malam. Sibuk apalah agaknya malam ni. Sabarlah hati. Semua ada hikmahnya.
*********
“ Lin, mana invois buku-buku yang sampai semalam. Kak tak jumpa pun dalam fail ni?”
“ Invois yang mana kak?”
“Invois dari Syarikat Ezmier Publisher tu. Kau yang terima buku-buku tu kan? Mana kau letak?” aku termenung sejenak. Semalam memang aku yang terima buku-buku baru, tapi aku terlupa langsung tentang invois.
“Alamak kak, saya terlupalah. Nanti saya cari ya”
“Itulah lain kali ingat sikit. Susah nanti kalau invois hilang. Kau dah semak ke jumlah buku yang di hantar semalam?”
“Sudah kak. Nanti kalau dah jumpa saya masukkan dalam fail.” Gelabah aku mencari invois yang entah kemana aku letak semalam. Inilah jadinya kalau selalu sangat dilanda perasaan. Semua kerja jadi tidak betul. Hanya kerana seorang lelaki yang belum pasti.
**********
‘Jangan pisahkan aku dan dia. Tuhan tolonglah…’ telefon bimbitku. Gembiranya aku mendengar nada deringan orang yang tersayang.
“Hello, sayang.”
“Hello abang, abang semalam kemana? Tak telefon Lin langsung. Kenapa?” Aku meluahkan rasa tidak puas hati.
“Sibuk, sibuk. Banyak kerja semalam. Sayang dah makan?” Bersahaja alasannya. Aku memang dah tahu jawapannya.
“ Itu jelah alasan abang. Tau dah. Dah makan dah. Abang?”
“Baru lepas. Anak abang mana?” Dia memang mesra dengan anakku, begitu juga dengan Iman yang sememangnya rindu pada belaian seorang ayah.
“Dah tidur dah. Letih sangat hari ini.agaknya. petang tadi bawa dia pergi pasar malam. Macam-macam yang dia nak. Nasib baik boleh dipujuk. Ermmm..”
“ Okeylah sayang. Abang pun letih juga. Nak rehat sekejap.”
“ Okeylah abang. Selamat malam.”
“ Bye.”
“Bye.”dengan nada sedikit kecewa aku menekan butang telefon. Belum puas rasanya melepaskan rindu di hati.
Sepinya, ini yang aku rasa sekarang. Dia tidak semesra dulu. Entahlah, segala-galanya berubah. Apalah dayaku lagi. Sudahnya aku yang termenung. Fikiran menerawang memikirkan perkara-perkara yang bukan-bukan. Entahlah apa kesudahan yang bakal aku lalui. Ya Allah! Tabahkan lah hati hambaMu ini.
.............
Kenangan lama menerjah keingatanku, mengimbau kenangan bersama dengan nya. Memori yang membuatkan ku merasa diri amat di sayangi dan pada masa yang sama meragut ketenangan jiwaku. Kerana itu juga menjadikan aku seorang yang benci pada airmata. Alamak! Aku ni selalu berangan-angan. Entahlah aku selalu mengangankan yang indah-indah. Tapi aku memang amat berharap semuanya akan menjadi kennyataan. Ya Allah! Berikan lah hamba Mu ini kesempatan menikmati setitik anugerah kegembiraanMu. Sesungguhnya Engkaulah Maha pengasih dan Maha Mengasihani.Amin.
Ternyata apa yang ku harapkan , yang kuangankan bukanlah untukku. Semuanya hanya dalam khayalanku. Sebuah impian untuk memiliki kebahagiaan dunia. Aku pasrah. Aku sedar aku bukanlah sekuat yang aku sangkakan. Dulu aku berpegang pada ‘ kalau tak bahagia di dunia tak apa, di sana nanti kebahagian menunggu kita’. Tapi itu hanyalah kata-kata memujuk hati yang sedang terluka. Aku salah, dan kini aku menanggung akibat dari kesalahanku.
Sekarang, aku hanya berharap agar kebahagiaan yang aku nantikan akan menjelma walau hanya seketika, sebelum aku menutup mata. Tetapi apalah dayaku. Aku tak layak memilikinya. Pergilah sayang pergi jauh-jauh. Aku tak mampu memilikimu.
Ahad, 28 Februari 2010
akhirnya.... ARRISA NUR QISTINA
sempat gak jenguk blog yang dah lama d tinggalkan... huhu... tak banyak nak citer... cuma nak kongsi pengalaman bersalin kali nie... ulag alik ke teluk intan... 2 kali masuk wad... salah tarikh... kali kedua masuk... hari sabtu (30/1)... berdebar2 coz nak kena masuk ubat... pagi ahad (31/1) masuk labour hall pukul 5.45pg... masuk ubat 6 pagi... satu hari menahan sakit... tp tak baru buka 2 cm...hantar balik ke wad biasa... huhu... sakitnya tak tau nak cakap... tapi malam tu sakit dah kurang... tido pon lena... pukul 3.30 pg isnin (1/2)... buat ctg(check jantung baby)... pastu mula sakit... tapi still bleh tahan lagi... sambung tido balik... sakit masih sakit... pagi 8 lbh... doktor check, baru buka 3cm... huhu... lama lagi... pukul 10... dah tak bleh tahan sakit... nurse check dah buka 4-5 cm... cepat2 aku d bawa ke labour hall..sakitnyer.. mcm dah tak nak ader baby lagi...huhu... tapi tu sume rezeki kan... hehe... masuk labour hall... mula d pecahkan air mentuban... tu dah mula, sakit yang teramat sangat... nurse tak tinggalkan aku coz dia cakap bile2 masa jer bersalin...tepat jam 11.52 pagi... baru la lega... baby girl...Alhamdullillah... selamat sumenya... dan kali pertama aku menangis selepas melihat wajah dia...walaupun anak ke 4.. sebelum2 ni tak pernah aku nangis... perasaan yang tak bleh d gambarkan... mb satu aku baru dapat anak perempuan sorang... dua, kesakitan yang aku alami untuk melahirkan dia... ermmm... tk bleh nak d tafsirkan tangisan tu untuk apa... k la cukup sampai sini dulu... salam sumer...
Ahad, 4 Oktober 2009
Sabtu, 3 Oktober 2009
Khamis, 1 Oktober 2009
mak kata...
ermmm... mak kata kesihatan penting, jaga diri ingat kandungan tu... jangan ikut perasaan.. tp aku ni memang degil sket kot...huhuhu... atau pon pembawaan... entah lah... kekadang aku perasan gak yang aku cepat marah... yang payahnya susah nak d kawal... addeh.. hampeh tul...
pening gak cam nie kan... sian kat cik abe nak melayan karenah wife dia nie...:p.. harap2 dia dapat bersabar la ek...
apa-apa pon yang penting aku sihat.. cuma yang risaunya berat aku ler.. muka pon bulat... huhu... macam apam dah..
pas nie, kena control gak makan... makan bila perlu jer...hihi... bleh tahan ke?..=p.. aku nie bukan leh caya.. ade je benda yang aku nak makan kalau kat umah... kalau kat luar lagi lah... nampak burger nak.. nampak goreng pisang, nak... nampak kfc, nak... sume benda sedap jer... cam ne tu...
tadi p makan kat 'STRAWBERRY'.. makan double hot fried rice n aku tolong abhkan chicken chop anak aku punyer...hehe... la nie kenyang sangat tk bleh nak tido dah...=p..hampeh tul...
Selasa, 29 September 2009
berat bertambah...tulun2
addeh... berat ku semakin bertambah... memang lah normal kalau pregnant... tapi dalam sebulan 2 kg naik... cam ne tu... nak kurangkan makan, tak boleh pulak... sebab selera selalu ader... walau pon makan nasi, kicap dan telur mata... bertambah 2 kali lagi..:)..
kalau naik 2 kg sebulan, aku ada 4 bulan lagi... 4x2= 8kg... wah!!!.. beratnya aku nanti...????!!!!!
jenuh nak kuruskan badan...:-p..( macam lah aku kurus sangat dolu)...hihi...
kak su tolong2... akak dah makan jus mate 5... saya lom boleh lagi... nak tunggu 7 bulan lagi... mesti saya cam belon ek... di pam2 gamaknya...:-p
alahai.. pe2 hal pon aku tak sabar nak tunggu 4 bulan lagi... windu nak dukung baby...hehe... ermmm..
Langgan:
Catatan (Atom)
Assalamualaikum, Diam itu lebih baik kan.. Bila merasakan diri itu tidak diperlukan baik kita jauhkan diri kita dari mereka. Bila terasa ...
nuff
Cari Blog Ini
Arkib Blog
-
Assalamualaikum, Diam itu lebih baik kan.. Bila merasakan diri itu tidak diperlukan baik kita jauhkan diri kita dari mereka. Bila terasa ...
-
SALAM... Tak sangkanya benda nie... coz akak ade gak buat...huhu... tu la len kali kena baca terms dulu...ermmm.. k la, korang baca la sendi...
-
Assalamualaikum dunia, Huhu.. Ni gajet baru akk utk mengajar.. KTV Q7 Sama gak mcm yg purple tu, boleh dengar muzik, bluetooh ...
Label
- award
- ayah ibu
- ayah ke anak?
- berita
- bijak kah anda?
- busy
- CONTEST
- disasster
- DISIPLIN
- DR. FAZLEY
- DUNIA
- family
- first time
- FOR FUN
- GA
- GAMBO RIMAU-LIMITED EDITION
- hari-hari ku
- hari-hariku
- HEPI
- JAGA-JAGA
- JOIN
- just a joke
- kasih tak kesampaian
- kenangan
- lawak ( kawan tagged)
- macam-macam
- MAKAN....
- motivasi
- MOTOR HUSBAND
- my baby
- nama anak
- pelik
- PELIK KE..
- rasa2
- RAYA
- school
- sekolah
- sharing
- SIDE INCOME
- special day
- suke2..
- tanda ingatan
- TENSEN
- terima kasih
- TIKET 60
- UNSTOPPABLE
