3D picture...
SPECIAL FOLLOWERS
Selasa, 12 Mei 2009
Isnin, 11 Mei 2009
KECILNYA NENAS......
sabtu 9 may 2009...
tarikh bersejarah untuk anak sedara husband aku... merangkap anak sedara aku juga ler... hehehe...
dia bertunang dengan orang 'jauh'... jauh sangat... padahal sebelah rumah jer... cinta men pondok2 la katakan.. tapi aku doakan mereka bahagia hingga ke anak cucu... nie serba sedikit la.. gambo yang bleh di kongsi...
tarikh bersejarah untuk anak sedara husband aku... merangkap anak sedara aku juga ler... hehehe...
dia bertunang dengan orang 'jauh'... jauh sangat... padahal sebelah rumah jer... cinta men pondok2 la katakan.. tapi aku doakan mereka bahagia hingga ke anak cucu... nie serba sedikit la.. gambo yang bleh di kongsi...
sedang aku dok menunggu rombongan pihak lelaki... ye la.. janji kol 2..tapi tak sampai2 lagi...padahal menyeberang titi jer..gaknye mentera bersoleknya panjang.. hehehe...
kami geng2 kampung seberang...ekeke... aku n husband, adik ipar n wife, abg ipar husband aku.. dok2 la di luar.. tb2... abg ipar husband aku ternampak la satu pokok 'ajaib'.. huhuhu...
rupa buahnya seperti nanas.. tapi kecik sangat... adalah dalam 2 atau 3 inci.. kecik kan???..pokok ni di tanam di dalam pasu jer... ntah la... mana lah abg ipar aku dapat gaknyer.. ini lah gambo yang sempat aku amik...
Sabtu, 9 Mei 2009
MAMA...I LOVE U... MAMA ... I CARE
SALAM...
Sedih gak aku... bila tiba Hari Ibu taun nie... aku tak dapat sambut dengan die... besa nyer... aku p bw family kuar makan la... taun nie... aku dah jauh... uwaaa.. yang bleh aku buat cuma tipon jer... n ucap kan selamat hari ibu...
aku tau die pon faham... cume aku rasa sket terkilan la... n lain sket...huhuhu... tapi tk pe aku dah bnk in kan duit kat adik aku soh bawak family p dinner ke... chewah...dinner lak... hehehe... ikut kata husband aku... p makan2 minom2 kat luar ler...
mak...jangan nangis lagi..doakan anak mak di perantauan ni
jgn lupa ucapkan SELAMAT HARI IBU pada ibu2 kalian sbg tanda ingatan dan syg kita padanya pada ahad 10 Mei,,i-Allah,,,syurga d bawah Tapak kaki ibu,,,hargailah selagi ibu kita masih hidup d dunia ini sebelum terlambat,,,,renung2kan dan selamar beramal,,,dr Prof zulmasrie,,hihihihihiii
Rabu, 6 Mei 2009
Selasa, 5 Mei 2009
kerana kau insan yang ku sayang....:)
matahariku
Tertutup sudah pintu .. pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau
Berjuta warna pelangi didalam hati
Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Takada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi
Dengarlah matahariku suara tangisanku
Kubersedih kerna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukan waktu
Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Takada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi
kekadang aku terasa sepi tu indah... tapi adakalanya sepi itu betul2 membuatkan aku rasa kehilangan.. kehilangan segala2nya... kehilangan yang sukar di mengertikan oleh akal... hidup tanpa arah... tanpa tujuan dan destinasi...
bila layan lagu nie... hati ku lagi tersentuh... tanpa kusedari... berderai air mataku... kenapa? sepi sangat ke aku nie... entah lah... mana silapnya... kenapa dia tak mendengar ku...
huhuhu... karat la plak... hampeh... tetapi kita seharusnya ada tempat untuk berbicara n meluah rasa.. n yang lebih baik.. hanyalah kepada-Nya kita meluah semua... memohon dari-Nya... kerana Dia, Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui...
pengubat hati ku......ezmier danish
TKDE APA2 YANG BERLAKU LAGI...
salam...
Alhamdullillah... setakat hari ini belum ada kes2 yang 'besar' berlaku... lega rasanya... cume beberapa orang pengawas tak menjalankan tugas... geram gak... coz dah diberitau... mentang2 lah guru besar tkde.. diorang ni nak dicakap baru nak buat... macam tukul ngan pemahat...
besa pengawas tahap 2 la... yang anggap diri mereka dah beso... kepala dah keras, orang kata la... aku lak tak ajar diorang... lagi lah kurang respek... hampeh...tkpe2..
tu lah TICE SU... dah bagitau ari tu tingglkan la petua atau aura2 dragonball ke... bior aku praktikkan... huhuhu...
k la... selamat menjalankan tugas...
chio....
Isnin, 4 Mei 2009
Tiga menteri Kabinet mahu guru tidak putus asa...
KUALA LUMPUR 24 Julai – “Kami dulu terdiri daripada anak murid yang kena cubit, kena piuh telinga, kena rotan di tapak tangan dan kena pelbagai disiplin tetapi ibu bapa hormat tindakan itu bagi melahirkan masyarakat berdisiplin,’’ kata Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Beliau mencadangkan kaedah hukuman jenis itu wajar ‘dilihat balik’ dalam usaha mendisiplinkan pelajar.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berkata, masih terdapat sebilangan besar anggota masyarakat yang mengiktiraf sumbangan dan pengorbanan guru.
Justeru, katanya, guru perlu tabah dan tidak mudah berputus asas dalam menjalankan amanah mereka.
‘‘Saya nak ingatkan kepada guru yang lain, jangan perkara-perkara yang ditimbulkan sejak kebelakangan ini meluntur dan melemahkan semangat mereka,’’ katanya.
Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin pula berkata, tindakan tegas para guru sering kali disalahertikan oleh segelintir pihak sedangkan kaedah pengajaran yang tegas telah terbukti melahirkan generasi yang berdisiplin.
Beliau berkata, apa yang cuba dibuat oleh warden asrama sebuah sekolah di Sarawak baru-baru ini mungkin satu pengajaran kepada kumpulan pelajar itu supaya tidak mengulangi kesalahan mereka.
“Kita tak dapat nafikan ada guru yang berniat baik. Kita tidak nafikan guru di Sarawak itu mempunyai niat baik kerana masalah yang dihadapi telah berpanjangan dan bukan baru.
“Malah dari segi agama pun kadang-kadang Tuhan turunkan bala untuk memberi peringatan dan pengajaran. Apa yang guru ini buat ialah supaya setiap murid bersama berkongsi perbuatan salah dan mencegah orang lain daripada membuat perkara sama,” katanya.
Ketiga-tiga menteri itu ditemui selepas pertandingan akhir Kuiz Perdana Khas Kemerdekaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penerangan di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini hari ini.
Menurut mereka, para guru tidak seharusnya mudah berputus asa dengan kritikan negatif yang dilemparkan terhadap profesion itu dalam media sejak akhir-akhir ini dan mereka perlu bersikap profesional menangani isu berkaitan dengan cara guru menangani masalah disiplin pelajar.
Mereka meminta masyarakat supaya tidak menghukum terlalu cepat guru yang dianggap bersikap keterlaluan dalam menangani disiplin a pelajar kerana terdapat guru yang betul-betul komited dalam menjalankan tugas mereka untuk mendidik anak bangsa menjadi insan berguna.
Menteri-menteri itu juga mahukan para guru bersikap terbuka dan menjadikan laporan media itu sebagai suatu iktibar.
Media sejak akhir-akhir ini menyiarkan laporan mengenai tindakan yang dianggap keterlaluan oleh guru ketika menghukum pelajar yang melanggar disiplin.
Terbaru adalah kes seorang guru yang juga warden asrama sebuah sekolah di Sarawak yang bertindak merendam 200 pelajar perempuan di dalam kolam ekoran kesalahan mereka membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas sungguhpun telah ditegur berkali-kali.
Hishammuddin turut mengingatkan para guru supaya berhemah dalam tindakan mereka menghukum pelajar supaya ia tidak disalahertikan dan menyebabkan guru lain berasa bersalah.
Sementara itu, Rais berkata, pendekatan untuk mendidik pelajar memerlukan penggabungan pendekatan lembut, pendekatan tegas dan tindakan disiplin.
Bagaimanapun, beliau berkata, tindakan disiplin itu boleh diperhalusi supaya ia sesuai dengan tuntutan zaman tanpa mengurangkan nilai pengajaran terhadap murid-murid yang terlibat
Cikgu, Jangan Pukul Budak Sekolah Sekarang….
Waktu kecil kecil dulu, bila ke sekolah, mak & ayah akan cakap sama cikgu,
“Cikgu, cikgu buatlah apa yang cikgu nak dekat anak kami. Nak cubit ke, nak pukul ke, nak rotan ke. Biar dia belajar hormat orang tua. Dan asalkan dia boleh belajar, jadi pandai supaya bila besar nanti boleh tolong orang tua.”
Sekarang, bila sudah masuk era kemodenan dan urbanisasi,
Cikgu tak boleh cubit.
Cikgu dah tak boleh pukul
Cikgu tak boleh denda.
Cikgu tak boleh rendam dalam air. Keterlaluan. Bahaya. Nanti gatal gatal.
Walaupun pelajar degil ditahap gaban sekalipun. Biarkan. Tak usah didenda.
Teruskan buang pad dalam mangkuk tandas. Tak apa, kalau didenda, pergi jumpa orang surat khabar. Orang TV pun ramai. Semua dahagakan berita sensasi. Semua tak sabar nak masyhurkan cikgu. Pengawas pun ada. Biarlah diorang korek pad tu dengan tangan diorang sendiri. Aku kan tak malu. Aku tiada kemaluan.
Sikit sikit, cikgu akan masuk surat khabar. Cikgu akan masuk berita TV1. Cikgu masuk TV3. Mak ayah akan komplen. Mak ayah hasut kementerian ambil tindakan tatatertib dekat cikgu. Mak ayah jumpa lawyer. Mak ayah nak saman cikgu. Nenek pun komplen. Nenek amat sayangkan cucu. Cucunya tak boleh dipukul. Cucunya tak boleh dirotan.
“Cikgu tak ada perasaan”.
“Cikgu kejam.”
“Cikgu suka buli.”
“Cikgu kurang ajar.”
Bila dah jadi camtu, kerajaan pun komplen.
“Tak ada orang nak jadi cikgu.”
“Tenaga perguruan kurang.”
Dulu profesion guru dimuliakan. Guru dihormati. Disegani. Kini….. melukut di tepi gantang. Tugas guru sekarang, masuk kelas, mengajar, balik, makan nasi, datang mengajar balik, balik rumah, tidor.
Cikgu, walau apapun persepsi, kaulah pembimbing kami. Tangan tangan pencubit itulah yang mendisiplinkan kami. Tangan tangan yang merotan itulah yang mendewasakan kami. Kami di sini pada hari ini kerana mu. Kami sayang kamu. Dayang pun sayang kamu. Terima kasih guruku.
“Cikgu, cikgu buatlah apa yang cikgu nak dekat anak kami. Nak cubit ke, nak pukul ke, nak rotan ke. Biar dia belajar hormat orang tua. Dan asalkan dia boleh belajar, jadi pandai supaya bila besar nanti boleh tolong orang tua.”
Sekarang, bila sudah masuk era kemodenan dan urbanisasi,
Cikgu tak boleh cubit.
Cikgu dah tak boleh pukul
Cikgu tak boleh denda.
Cikgu tak boleh rendam dalam air. Keterlaluan. Bahaya. Nanti gatal gatal.
Walaupun pelajar degil ditahap gaban sekalipun. Biarkan. Tak usah didenda.
Teruskan buang pad dalam mangkuk tandas. Tak apa, kalau didenda, pergi jumpa orang surat khabar. Orang TV pun ramai. Semua dahagakan berita sensasi. Semua tak sabar nak masyhurkan cikgu. Pengawas pun ada. Biarlah diorang korek pad tu dengan tangan diorang sendiri. Aku kan tak malu. Aku tiada kemaluan.
Sikit sikit, cikgu akan masuk surat khabar. Cikgu akan masuk berita TV1. Cikgu masuk TV3. Mak ayah akan komplen. Mak ayah hasut kementerian ambil tindakan tatatertib dekat cikgu. Mak ayah jumpa lawyer. Mak ayah nak saman cikgu. Nenek pun komplen. Nenek amat sayangkan cucu. Cucunya tak boleh dipukul. Cucunya tak boleh dirotan.
“Cikgu tak ada perasaan”.
“Cikgu kejam.”
“Cikgu suka buli.”
“Cikgu kurang ajar.”
Bila dah jadi camtu, kerajaan pun komplen.
“Tak ada orang nak jadi cikgu.”
“Tenaga perguruan kurang.”
Dulu profesion guru dimuliakan. Guru dihormati. Disegani. Kini….. melukut di tepi gantang. Tugas guru sekarang, masuk kelas, mengajar, balik, makan nasi, datang mengajar balik, balik rumah, tidor.
Cikgu, walau apapun persepsi, kaulah pembimbing kami. Tangan tangan pencubit itulah yang mendisiplinkan kami. Tangan tangan yang merotan itulah yang mendewasakan kami. Kami di sini pada hari ini kerana mu. Kami sayang kamu. Dayang pun sayang kamu. Terima kasih guruku.
aku amik dari satu blog... untuk kita kongsi...
Langgan:
Catatan (Atom)
Assalamualaikum, Diam itu lebih baik kan.. Bila merasakan diri itu tidak diperlukan baik kita jauhkan diri kita dari mereka. Bila terasa ...
nuff
Cari Blog Ini
Arkib Blog
-
SALAM... NAK GAK JOIN .. HEHE... NI AKAK DAPAT DARI BLOG BEN ASHAARI ... BAGI BLOGGER BARU CAM AKAK... HUK2..(BATUK SKET)..BARU TAK BARU L...
-
salam.... sebaknyer bila terbaca surat nie....perkongsian dari 'facebook'... sila baca wahai para suami... Cantik? Memang la, ka...
Label
- award
- ayah ibu
- ayah ke anak?
- berita
- bijak kah anda?
- busy
- CONTEST
- disasster
- DISIPLIN
- DR. FAZLEY
- DUNIA
- family
- first time
- FOR FUN
- GA
- GAMBO RIMAU-LIMITED EDITION
- hari-hari ku
- hari-hariku
- HEPI
- JAGA-JAGA
- JOIN
- just a joke
- kasih tak kesampaian
- kenangan
- lawak ( kawan tagged)
- macam-macam
- MAKAN....
- motivasi
- MOTOR HUSBAND
- my baby
- nama anak
- pelik
- PELIK KE..
- rasa2
- RAYA
- school
- sekolah
- sharing
- SIDE INCOME
- special day
- suke2..
- tanda ingatan
- TENSEN
- terima kasih
- TIKET 60
- UNSTOPPABLE









