SPECIAL FOLLOWERS

Jumaat, 11 Julai 2014

Useful tips

Got it from my friend (Whatsapp)

Must read vry useful:
SOMETHING YOU MIGHT HAVE NOT KNOWN And NEED TO KNOW !! 🐜
Ants Problem: Ants hate Cucumbers. "KEEP the skin of Cucumbers near the Place where they are or at Ant Hole.

  •  To Get Pure & Clean Ice : "Boil Water first before placing in the Freezer"  To make the Mirror Shine: "Clean with Sprite"
  •   To remove Chewing Gum from Clothes: "Keep the Cloth in the Freezer for One Hour" 
  • 💭 To Whiten White Clothes: "Soak White Clothes in hot water with a Slice of Lemon for 10 Minutes" 
  •  To give a Shine to your Hair: "Add one Teaspoon of Vinegar to Hair, then wash Hair" 
  • 🍋 To get maximum Juice out of Lemons: "Soak Lemons in Hot Water for One Hour, and then juice them" 
  •  To avoid smell of Cabbage while cooking: "Keep a piece of Bread on the Cabbage in the Vessel while cooking" 
  •  To avoid Tears while cutting Onions 🍑: "Chew Gum" 
  •  To boil Potatoes quickly: "Skin one Potato from one side only before boiling"
  •   To remove Ink from Clothes: "Put Toothpaste  on the Ink Spots generously and let it dry completely, then wash" 
  • 🍠 To skin Sweet Potatoes quickly : "Soak in Cold Water immediately after boiling" 
  • 🐀 To get rid of Mice or Rats: "Sprinkle Black Pepper in places where you find Mice & Rats. They will run away" 
  •  We Know Water is important but never knew about the Special Times one has to drink it.. !! Did you ???  Drinking Water at the Right Time ⏰ Maximizes its effectiveness on the Human Body; 


  1.  1 Glass of Water after waking up - ⛅ helps to activate internal organs.. 
  2.  1 Glass of Water 30 Minutes 🕧 before a Meal - helps digestion.. 
  3.  1 Glass of Water before taking a Bath 🚿 - helps lower your blood pressure. 
  4.  1 Glass of Water before going to Bed -  avoids Stroke or Heart Attack. 

*Chinese Proverb Says: 'When someone shares something of value with you and you benefit from it, You have a moral obligation to share it with others too.' So..., DO your's ! I have done mine...

Khamis, 10 Julai 2014

Altel

my new sim card.. dah lama tercari-cari  simcard ni.. baru hari ni dapat.. nasib baik ada kawan sekolah yang tolong.. susah gak nak cari kat sini... kalau ada yang berminat area Sungai Besar boleh la dapatkan di bangunan Mara.. En. Hafizan... 0126952141..

bila hati dah letih

Assalamualaikum,

sesungguhnya hati ini dah letih.. sedih mengenang nasib diri... betapa mudahnya diri di perkotak katikkan.. 

betapa mudahnya hatimu mendua,
ku lapangkan dada walau hati terluka,
semoga bahagia.. bersama dirinya,
kerna kau telah memilih dia..

entahlah.. perlu di luahkan.. tp apa guna andai diri juga yang akan menjadi bahan kemarahan.. perlu berdiam diri untuk sementara waktu.. andai ini takdirnya ku mohon untuk Allah tabahkan dan kuatkan semangat ku.. andai ini mahunya, ku mohon Allah redhakanlah diriku..

Khamis, 4 Oktober 2012

pengalaman bersalin

salam... 
pagi ni dok dengar pengalaman bersalin kengkawan.. macam2 anak pertama la katakan.. ada yang senang, ada yang selamba jer..
     bagi mereka lebih berpuas hati kalau bersalin di klinik swasta, layanan dari nurse dan doktor sangat bagus... nurse pon datang jenguk2 sambil urut pinggang n bagi semangat tapi kalau hospital kerajaan, biar la kita sakit, terjerit2.. NURSE SPITAL KERAJAAN buat tak tau jer.. kalau dulu lagi teruk, nurse yang otai2 mulut boleh tahan lasernya... men sedap jer diorang bercakap... memang tak semua, tapi pengalaman memang merasa kena nurse2 yang teruk2 perangai ni..
     ada lagi yang cakap, kalau tau kita ni kerja kerajaan atau kerja yang beruniform pandai lak diorang respect...  huhu... boleh lak macam tu ek.. patutnya yang kurang berkemampuan tu layan sama jer la... spital kerajaan kan... lagilah sekarang ni konsep 1 Malaysia..
     nanti sambung lagi ek.. nak p makan2 jap... hehe...daaaaa

Isnin, 1 Oktober 2012

bila waktu telah berakhir

salam semua,
memang kekadang kita tak sedar apa yang kita dah buat tu menyakitkan hati orang... tapi tu la manusia yang tidak mahu mengaku kesalahan sendiri... dah terantuk baru terngadah... macamana nak faham kan, hati orang... ikutkan lah hati sendiri.., takpe la, mungkin de hikmahnya...
biarlah kalau orang nak mengata, biarlah apa yang mereka nak kata... hanya pengalaman yang mendewasakan kita... hidup tidak perlu bergantung pada orang... tapi kalau dah kena group work, camne plak... ermmmm... payah sungguh...
huhu, ni mesti korang tertanya2 apa kena mengena dengan group work pulok... ni semua sebab geng2 kelas akak la.., tak sekepala... addeh.. susah kan.. nak tak nak kena la ikut je kan...
layanssssss....
setelah mengikuti kelas ustaz CTU semalam, rasanya kecil sangat diri ni.,, banyak benda yang akak tak tau... kerdilnya diri., kurang mulia sangat diri akak, sebagai manusia di bumi Allah, sebagai guru, sebagai isteri, sebagai ibu dan sebagai kawan... terlalu banyak prejudis, hampir pada semua orang... susah diri kalau macam tu... kita kena maafkan orang selalu, walau sebesar gunung salah diorang pada kita.. setiap perbuatan ada balasannya... kita siapa untuk tidak memaafkan salah orang pada kita...sedangkan nabi ampunkan umatnya... 
cakap memang senang kan...nak ikhlaskan hati memaafkan oranh bukan perkara yang senang.., kadang2 ambil masa... hati yang sakit sukar untuk sembuh cepat kecuali kita redha...
luahan rasa hati yang tidak terluah... hanya pengubat rasa di dalam kotak hitam ni... terima kasih pada yang sudi membaca, walau tiada yang istimewa... sekadar curahan cuma...
sampai kita bertemu lagi...

Selasa, 14 Ogos 2012

CERITA DARI HATI

salam...

lama sudah akak tinggalkan blog ni, dah berabuk n berkulat gaknyer... ada gak jengah2.. tq la pada yang sudi intai2 n tinggalkan jejak terutama pada yang sudi klik mengelik... jasamu di kenang... hehe

banyak sangat keje n benda yang di buat, difikir n last2 banyak yang tak terbuat n tak terfikir.. tahun ni akak amik pjj... tu yang tak menyempat2.. dengan assignment, forum n presentation... huhu.. entahlah.. harap2 semester depan tidak sekalut taun ni... baby pon dah setahun, semoga smenyer berjalan dengan lancar.. 

dalam kehidupan ni banyak dugaan, kadang2 akak rasa kuat nak harungi n kadang2 rasa cam nak give up jer... last2 malas nak fikir, hidup mesti diteruskan walau apa jua yang datang... secara perlahan2 setiap rintangan n dugaan tu akan berakhir dengan jaya atau tidak, antara dapat diselesaikan atau biar ianya berlalu... terlalu bnyak fikir, hidup jadi tak ceria.. dengan masalah, keluarga akan bersangkut paut.. jadi akak cuba jadi seorang yang optimis.. biar apa orang nak kata, biar pe nak jadi, susah senang kita takde sapa nak tolong..

semester 2 ntah macamana, risau akak... sebab assignment banyak yang berkumpulan... susah coz kita dok jejauh.. ermm.. ntah lah.. pening gak nak fikir.. dah lah akak tak berapa pandai nak present... camne la gaknya... hampehhh kalau dapat group yang tak berapa nak best... cam ne?.. sem 1 berjaya gak harungi, sem 2 nie tak tau lagi cam ne gayanya.. harap2 tidak la byk berkumpulan...

addehhh... banyak lagi benda nak fikir.. rumah yang tak siap, nak balik kampung, PBS, ermmm...

k la, rasa cam dah kurang sket, beban d hati ni... len kali akak sambung...tata titi tutu...:)




Rabu, 7 Disember 2011

GA TAK JADI...:(

SALAM..
sedih la GA tak jadi... huhuhu... takpe la... akak memang dah kata blog ni tak de sapa nak baca kan.. terima kasih la pada peah yang sudi nak join... tp akak terpaksa batalkan la... coz hanya kamu je yg join... huhu..
majuk jap la dengan dunia blogging nie...:(

Assalamualaikum, Diam itu lebih baik kan.. Bila merasakan diri itu tidak diperlukan baik kita jauhkan diri kita dari mereka. Bila terasa ...

nuff

Cari Blog Ini

Arkib Blog