SPECIAL FOLLOWERS

Rabu, 30 Jun 2010

UNSTOPPABLE..

NAK JOIN UNSTOPPABLE TEAM?

Kalau anda betul-betul serius... Why not?!!

Benefit join Unstoppable Team:
  1. Boleh menjana income yang di inginkan..5 angka mahupun 6 angka sebulan..(u decide!)
  2. Teknologi info bagaimana generate income RM500k - RM1juta setahun melalui bidang properties dengan modal serendah RM3500 sahaja!
  3. Tukar konsep aset vs liabiliti..bagaimana setiap RM jadi biji benih yang bakal melahirkan pokok dan akhirnya hutan duit yang tebal!
  4. bergaul dengan semua orang yang positive serta moral support yang berterusan
  5. bimbingan serta dorongan berterusan sampai berjaya
  6. memiliki kereta mewah impian dalam masa 4-6 bulan sahaja
  7. bersara selepas 6 bulan dengan income RM30k-rm100k sebulan secara auto pilot & residual
  8. duit bekerja untuk kita bukan kita bekerja untuk duit!
  9. Teknik F345 yang membolehkan anda dapat income RM1 juta setahun
  10. teknik meta/milton & power goal setting yang membolehkan anda dapat apa saja hasrat anda!
  11. Multiple source of income..banyaknya cara bebas kewangan & bebas masa!

cara cara nak join Unstoppable team:


2-sms nama utk set appointment dengan saya..sebarang pertanyaan tak akan dilayan..siapa
yang benar benar serius akan dapat income sepertimana yang telah berjaya dan kaya dalam
team Unstoppable ini.
3-sebarang alasan untuk tidak datang menunjukkan anda tak ada kesungguhan nak berjaya ..so
better lupakan hasrat untuk join team ini..
4-segala pertanyaan anda akan terjawab..setiap penyakit ada ubatnya..di Unstoppable anda
akan dibimbing sampai berjaya dengan syarat anda ingin betul betul berjaya!

Apa yang diperlukan untuk join Unstoppable Team:

1-join 1 to 1 coaching session..sekurang2nya 3 jam sebanyak 2/3 kali
2-boleh memberi komitment sekurang kurangnya 1 jam sehari atau 2 jam seminggu
3-inginkan income sekurang kurangnya RM10k sebulan!


sms nama : 0197963270
sertakan masa free anda sama ada siang / malam

Kalau kita tak pernah buat apa yang kita tak pernah buat, macam mana nak dapat apa yang kita tak pernah dapat!




PERNIAGAAN KAMI:

  1. Syarikat Malaysia
  2. Lesen sah, diluluskan dan selamat.
  3. Penerima Anugerah 'Syarikat Paling Pesat Berkembang' 2007-Anugerah Wanita MCA.
  4. Penerima Anugerah 'Syarikat Paling Jujur Peringkat Asia Pasifik' 2008-Keris Award.
  5. Penerima Anugerah 'Organisasi Mesra Pengguna Islam' 2008-Persatuan Pengguna Islam Malaysia.
  6. Internet sebagai media pengurusan perniagaan, BUKAN tempat pelaburan.
  7. Pejabat di Petaling Jaya, boleh datang bila-bila.
  8. Kini meluaskan perniagaan ke 9 buah negara (Brunei, Singapore, Indonesia, Thailand, India, Pakistan, Nevada, Hong Kong, Dubai).

Rabu, 23 Jun 2010

UNSTOPPABLE.... PROJEK BUAT DUIT

ORANG2 YANG TELAH BERJAYA.... UNSTOPPABLE... INCOME SEPANJANG HAYAT

Join sebab nak settlekan hutang 55k..3 bulan je dah settle!!Kini JUTAWAN




Dulu hidupnya merempat...status Jutawan Dalam masa 15 Bulan!!!




Dulu jual nasi lemak.Kini JUTAWAN



Umur 22 tahun..masih belajar di universiti..sudah memiliki kereta, rumah impian, mngerjakan umrah dan bercuti bersama ibu-bapa..bersara sebelum bekerja!!


Kalau nak letak semua gambar insan yg berjaya dlm team Unstoppable ni 3 hari/3 malm scroll ke bwh pon x habis2..ini hanya segelintir sahaja daripada kami…anda bila lagi??


ANDA MAHU BERUBAH??? ANDA MAHU INCOME SETIAP HARI SEBANYAK RM1RIBU – RM5RIBU?? ANDA MAHU??? ANDA BETUL-BETUL MAHU??? ANDA SENDIRI TENTUKAN!!!

“KATA-KATA KITA ADALAH DOA”

Kalau tak tau memang rasa susah..tapi bila dah tau??Alahai senangnya!!

Sabtu, 8 Mei 2010

RESIDENCE HOTEL,BANGI

BENGKEL NIE UNTUK SEKOLAH ANGKAT TNB D BAWAH PROGRAM PINTAR..

3 hari 2 malam.... semua tuk anak murid... harap2 UPSR TAHUN nie akan meningkat...Amin....

Selasa, 4 Mei 2010

PERISTIWA BERSEJARAH SEKOLAH....

1 MEI 2010

tak sempat nak mengomel... juz tunjuk gambo je la... tapi yang penting RUMAH KUNING jadi johan tahun nie.... hehe... JOHAN PERBARISAN dan JOHAN KESELURUHAN... tak sia2 dok berlatih 2 minggu n beria2 buat persiapan untuk acara perbarisan... terima kasih pada cikgu2 RUMAH KUNING... CIKGU ROFINA(ketua), CIKGU ROSMINAH, CIKGU NORHAYATI, CIKGU SITI, CIKGU HALIM SHAH, CIKGU ABDUL HALIM, CIKGU HASNI dan TAHNIAH... moga tahun depan kita menang besar lagi.... hehehe....

oppps..... tak lupa pada semua cikgu2 yang menjayakan sukan tahunan sekolah kita nie.... tahniah walaupon penat.... tapi BERBALOI-BALOI..... hehe....
kami warga SKBJ meraikan HARI PEKERJA di acara sukan tahunan sekolah....

SELAMAT HARI PEKERJA....

Jumaat, 23 April 2010

char kuey teow... faberet tu..

tiba2 lak char kuey teow jadi faberet... kat sungai beso nie ader restoran yang sedap buat char kuey teow... RESTORAN KUALA KURAU...
masa pegnent ari tu... 2 3 ari sekali beli... nak masak sendiri tak bape pandai... hehe...:">... tapi pas bersalin nie... try2 ler buat sendiri... hehe...
kalau nak cuba resepi nie... mudah jer... rasanya ni yang paling simple n sempoi... begini cara2nyer...

Mula-mula kita tumis bawang putih dan merah hingga naik bau. Pas tu masukkan cili boh dan kacau hingga cili masak. Dah naik bau masukkan udang dan hirisan ayam dan gaul rata.

Bila dah separuh masak,masukkan kicap pekat,kicap cair,kicap manis dan sos cili. Letak air sket kalau tengok bahan2 tadi kering sangat. Dah mendidih,masukkan kuey teow dan cili padi.Gaul rata2.

Pas tu masukkan kucai n taugeh.Gaul rata dgn api yg kecil. Pastikan kucai telah layu di dlm gorengan kuey teow. Dah bleh hidang dah… marbeles…

Rabu, 21 April 2010

jom lepak...

letih hari nie ngan dak2... tk dengo cakap... huhu... tp tu la, sib bek la ader penawar jiwa tengok semangat kesukanan diorg...

cikgu n cikgi pon bersemangat gak.. siap nak buat maskot masa temasya sukan nanti.. tu untuk umah aku je ler... hehe.. umah len tak tau la... harap2.. taun ni meriah la sukan tahunan sekolah kami... jom datang temasya sukan pada 1 Mei 2010... hari cuti tu.. rasa2nyer parents pon ramai la yang hadir kan... maklum la, ari cuti..

Khamis, 15 April 2010

BAHAGIA BUKAN MILIKKU...


Kenangan memang susah nak di lupakan. Susah payah berkorban dan berusaha akhirnya ternyata semuanya sia-sia. ‘Alahai hati, susahnya nak pujuk kau’. Ternyata cinta memang tak pernah melupakan airmata. Setiap kegembiraan yang kualami akan di selangi dengan kesedihan. Huh! Apalah aku ni tak sudah-sudah memikirkan hal yang dah lepas.

“Ibu! Ibu! Nak susu,” jerit anak bongsu ku. Terkedek-kedek berlari dengan membawa botol susunya.
“ Ya sayang, jap ya..mana botolnya?”
“Tak de…hehehe..” dia menyembunyikan botolnya di belakang. Terkekek-kekek dia ketawa. Dia ni lah penawar luka di hatiku, sejak aku berpisah dengan ayahnya. Ku renung wajahnya. Memang dia miripku. Tidak ada sedikit pun rupa ayahnya. Kulitnya yang cerah, matanya yang kecil sama seperti ku. Dia anakku, aku yang jaga dia sejak dia kecil lagi dan setelah aku becerai akulah ibu akulah ayah.

“Ibu! Ibu! Iman nak susu!” jeritnya hampir menangis.
“ Maaf sayang ibu terlupa. Sayang dia. Sini botol ibu buat.” Kupeluk Iman dengan penuh kasih sayang. Kau lah permata hati ibu sayang.

*********

“Apa lagi yang kau fikir, lupakan je lah dia tu. Bukan sekali dia buat kau macam tu. Dah banyak kali kan?” kak Ju menghentikan lamunan ku. Aku tau dia perasan mata aku yang sembab, akibat menangis semalam.

“ Tapi kak. Saya betul-betul sayangkan dia. Bukan senang nak lupakan dia.” Aku memang sedar semuanya. Tapi bila perasaan dah menguasai fikiran ini lah jadinya. Nasihat orang lain semua takkan masuk.

“ Entahlah Lin. Dah berbuih aku nasihatkan kau. Sayang memanglah sayang.tapi kalau kau selalu macam ni. Berbaloi ke sayang kau tu? Kau bodoh-bodoh fikirkan dia. Dia senang-senang hati kat sana. Cubalah kau fikir sendiri. Sebelum kau terus berendam airmata dan terus terluka baik kau tinggalkan dia. Aku ni cakap untuk kebaikan kau juga.” Kak Ju terus membebel. Aku tau niat dia baik. Hanya dia kawan yang aku percayai. Tempat aku mengadu masalah ku.

“ Saya pun tak tau kak, bila semua ni akan berakhir. Kadang-kadang ada terniat juga nak buat macam tu. Tapi saya tak kuat kak. Bila dia telefon saya semula. Hati saya akan berbunga riang. Lupa apa yang dia buat pada saya. Semuanya kembali seperti sediakala.” Pilunya rasa hati bila ingat-ingat balik. Kebodohan ku menyebabkan aku memang senang di sakiti.

“Sudah lah tu. Aku pun tak tau nak cakap macam mana lagi. Terpulanglah pada kau. Cuma kau mesti ingat, pengalaman yang lepas tu jadikan pengajaran. Jangan sampai kau di permain-mainkan lagi. Lelaki zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat. Kau bukan tak tau.”

“Ya kak Ju sayang. Terima kasih kak.” Bila dah berbual dengan kak Ju, rasa lapang sikit hatiku. Aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri. Dia memang baik. Sesungguhnya aku menyanyangi dia.

*********
Bosannya siaran televisyen malam ni. Langsung tak de yang menarik. Manalah Zack pergi ni. Dia dah lupa pada aku ke? Sedihnya. Inilah aku. Kalau boleh aku nak dia sentiasa di sisiku. Tapi dia tak seperti ku. Kalau seminggu aku tak hubungi dia, dia tak kan risau. Sedangkan aku, terhegeh-hegeh menunggu panggilan atau mesej dari dia. Bagiku sehari tak dengar berita darinya bagaikan tak sempurna hariku. Kalau aku telefon dia nanti, mesti dia marah. Biarlah dulu. Tunggu sekejap lagi.

Aku tertidur rupa-rupanya. Huh! Letihnya badan. Ku capai telefon bimbit di sebelah ku. Masih tiada mesej atau panggilan dari Zack. Apalah yang dia sedang buat sekarang agaknya. Terdetik hatiku untuk menghubunginya, tapi aku risau kalau dia sedang sibuk. Jam menunjukkan pukul 9.15 malam. Sibuk apalah agaknya malam ni. Sabarlah hati. Semua ada hikmahnya.


*********
“ Lin, mana invois buku-buku yang sampai semalam. Kak tak jumpa pun dalam fail ni?”
“ Invois yang mana kak?”
“Invois dari Syarikat Ezmier Publisher tu. Kau yang terima buku-buku tu kan? Mana kau letak?” aku termenung sejenak. Semalam memang aku yang terima buku-buku baru, tapi aku terlupa langsung tentang invois.
“Alamak kak, saya terlupalah. Nanti saya cari ya”
“Itulah lain kali ingat sikit. Susah nanti kalau invois hilang. Kau dah semak ke jumlah buku yang di hantar semalam?”
“Sudah kak. Nanti kalau dah jumpa saya masukkan dalam fail.” Gelabah aku mencari invois yang entah kemana aku letak semalam. Inilah jadinya kalau selalu sangat dilanda perasaan. Semua kerja jadi tidak betul. Hanya kerana seorang lelaki yang belum pasti.
**********
‘Jangan pisahkan aku dan dia. Tuhan tolonglah…’ telefon bimbitku. Gembiranya aku mendengar nada deringan orang yang tersayang.
“Hello, sayang.”
“Hello abang, abang semalam kemana? Tak telefon Lin langsung. Kenapa?” Aku meluahkan rasa tidak puas hati.
“Sibuk, sibuk. Banyak kerja semalam. Sayang dah makan?” Bersahaja alasannya. Aku memang dah tahu jawapannya.
“ Itu jelah alasan abang. Tau dah. Dah makan dah. Abang?”
“Baru lepas. Anak abang mana?” Dia memang mesra dengan anakku, begitu juga dengan Iman yang sememangnya rindu pada belaian seorang ayah.
“Dah tidur dah. Letih sangat hari ini.agaknya. petang tadi bawa dia pergi pasar malam. Macam-macam yang dia nak. Nasib baik boleh dipujuk. Ermmm..”
“ Okeylah sayang. Abang pun letih juga. Nak rehat sekejap.”
“ Okeylah abang. Selamat malam.”
“ Bye.”
“Bye.”dengan nada sedikit kecewa aku menekan butang telefon. Belum puas rasanya melepaskan rindu di hati.

Sepinya, ini yang aku rasa sekarang. Dia tidak semesra dulu. Entahlah, segala-galanya berubah. Apalah dayaku lagi. Sudahnya aku yang termenung. Fikiran menerawang memikirkan perkara-perkara yang bukan-bukan. Entahlah apa kesudahan yang bakal aku lalui. Ya Allah! Tabahkan lah hati hambaMu ini.
.............
Kenangan lama menerjah keingatanku, mengimbau kenangan bersama dengan nya. Memori yang membuatkan ku merasa diri amat di sayangi dan pada masa yang sama meragut ketenangan jiwaku. Kerana itu juga menjadikan aku seorang yang benci pada airmata. Alamak! Aku ni selalu berangan-angan. Entahlah aku selalu mengangankan yang indah-indah. Tapi aku memang amat berharap semuanya akan menjadi kennyataan. Ya Allah! Berikan lah hamba Mu ini kesempatan menikmati setitik anugerah kegembiraanMu. Sesungguhnya Engkaulah Maha pengasih dan Maha Mengasihani.Amin.

Ternyata apa yang ku harapkan , yang kuangankan bukanlah untukku. Semuanya hanya dalam khayalanku. Sebuah impian untuk memiliki kebahagiaan dunia. Aku pasrah. Aku sedar aku bukanlah sekuat yang aku sangkakan. Dulu aku berpegang pada ‘ kalau tak bahagia di dunia tak apa, di sana nanti kebahagian menunggu kita’. Tapi itu hanyalah kata-kata memujuk hati yang sedang terluka. Aku salah, dan kini aku menanggung akibat dari kesalahanku.

Sekarang, aku hanya berharap agar kebahagiaan yang aku nantikan akan menjelma walau hanya seketika, sebelum aku menutup mata. Tetapi apalah dayaku. Aku tak layak memilikinya. Pergilah sayang pergi jauh-jauh. Aku tak mampu memilikimu.

Assalamualaikum, Diam itu lebih baik kan.. Bila merasakan diri itu tidak diperlukan baik kita jauhkan diri kita dari mereka. Bila terasa ...

nuff

Cari Blog Ini

Arkib Blog