SPECIAL FOLLOWERS

Jumaat, 18 September 2009

SELAMAT HARI RAYA DAN BERCUTI SEMUA...

SELAMAT BERCUTI SEMUA... BERHATI-HATI SEMASA MEMANDU... INGAT ORANG TERSAYANG DAN YANG MENYAYANGI ANDA...

SELAMAT HARI RAYA... MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Ahad, 16 Ogos 2009

letih...letih...letih...

keletihan hujung minggu nie...ermmm... banyaknya benda nak di buat... letih2...

Isnin, 10 Ogos 2009

SA-PULOH RINGGIT... ANTIK ( LIMITED EDITION)

KORANG PERNAH TENGOK DUIT SA-PULOH HENGGET ZAMAN2 JEPON.... ADE GAMBO HARIMAU KAT SEBELAHNYA....( BAYANG2)...





KALAU TAK PERNAH SILA LIHAT GAMBO DI BAWAH NI....



KATANYA.. DUIT NI ADA VALUE.... CUMA TAK TAU YA ATAU TAK... BESA LAH BARANG ANTIK KAN... K LA... KALAU ADA YANG BERMINAT... CONTACT2 LER...

Ahad, 26 Julai 2009

PERTANDINGAN MEWARNA NZR...

DANISH MENANG KATEGORI 4-6 TAHUN

GAMBAR SEPANJANG PERTANDINGAN


ACARA TERAKHIR..



SEMALU-MALU SI KECIK NI... ADE GAK BAKAT...ALAHAI... SEBENARNYA REZEKI ARI NI COZ TAK RAMAI YANG JOIN... K LER... TAHNIAH BUAT ANAK MAMA....CAYANG DIE...

Khamis, 23 Julai 2009

kenapa tk di asingkan??

heran n pelik spital nie... pesakit HIV n pesakit berjangkit macam TB tak diasingkan...
rupa2nya selang satu katil dari aku tu bekas drug addict n positif HIV...huhuhu.. terperanjat aku dengar, bila akak cleaner tu bgtau... depan aku lak pesakit TB... makcik tu lak syik datang katil aku nak berbual.. aku bukan la tak suka ngan diorg tu... tp takut tu.... dah la aku pregnant.. apa2 hal berlaku cam ne? ermmm...:(
spital len macam nie gak ker?

Rabu, 22 Julai 2009

so sweet....ermmm

Adakah Cinta Memerlukan Sebab??
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.
Ini dialog mereka:
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.... Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!Aku masih mencintai mu dulu, kini dan selamanya...
dari buletin tagged....

Assalamualaikum, Diam itu lebih baik kan.. Bila merasakan diri itu tidak diperlukan baik kita jauhkan diri kita dari mereka. Bila terasa ...

nuff

Cari Blog Ini

Arkib Blog