SPECIAL FOLLOWERS

Sabtu, 2 April 2011

tsunami di hati seorang isteri

salam...
sedang ber fb tadi kak terbacalah satu perkongsian dari rakan se kolej akak dulu...tajuknyer 
TATAPAN BUAT SUAMI... tersentuh hati akak bila membacanyer.. meleleh airmata keperempuanan akak... bila ianya melibatkan pengorbanan seorang isteri kepada suami dan ianya tidak dihargai.. mari kita berkongsi ya...kalau ada yang dah baca pon takpe... hanya sebagai perkongsian hati...
Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...   Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....   Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...   ...Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....   Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...   Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...   Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....   Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....   Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....   Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....   Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...   Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku   Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....   Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....     Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI     Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...   Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...   Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...   Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan   Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....   Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....   Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...   Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?     P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelakiLihat seterusnya..
kenapa jadi macam ni kan... bukankah perkahwinan satu perkongsian antara suami dan isteri... lafaz untuk bersama2 mengharungi cabaran dan dugaan yang datang... menjaga dan mendidik anak2... menghiasi rumahtangga dengan gelak ketawa dan kasih sayang... dimana silapnya... apa kurangnya... muhasabah la diri kita...
perlu ke KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN



alam perkahwinan sepatutnya indah jika dipenuhi dengan kasih sayang dan keimanan..
 

5 ulasan:

YaYaNsMuM berkata...

Sesungguhnya...kita perlu sentiasa saling menghargai dan menghormati..
Dont ever take things for granted...
Then, kita mampu hidup bahagia...insyaallah..

Tice sha berkata...

yup... tapi kebanyakkan yang perihatin besanya perempuan...:(

Iza Akma berkata...

Tersentuh hati...dan jatuh juga airmata sy bila membacanya..sekarang ni ramai suami2 yg tak ambil endah dan prihatin dgn isteri2 mereka lg..mereka seringkali memijak2 hati isteri yang seharusnya menerima belaian kasih sayang seorang lelaki bergelar suami..bukannya dilayan seperti hamba sesuka hati. Ingatan buat suami2 diluar sana..jika inginkan isteri memberi layanan first class pada mereka..maka layani lah dulu isteri kamu sebaik2nya dgn penuh kasih sayang. Percayalah..bila hati isteri dibelai dan dijaga dgn penuh kasih sayang..tidak dilukai..seorang isteri akan lebih hormat dan sanggup berkorban apa saja demi suami tercinta.

tice sha berkata...

betul iza... setuju sangat

zesovela berkata...

Great work keep it coming, best blog on earth

generic paxil

Menu semalam

Assalamualaikum, Haha..  Saja nak pos gambo,  bukti akk masak.. Menu hari ahad lepas.. Udang lipan goreng tepung Ayam korek-korek Say...

nuff

Cari Blog Ini

Arkib Blog