SPECIAL FOLLOWERS

Isnin, 23 Januari 2017

GADGET MURAH -MAGIC KARAOKE

Assalamualaikum,

hahaha... seronok ber entry kan.. hihi

magic karaoke,
seronok murid-murid gunakan magic karaoke ni dalam kelas..

ni la bendanya.. sangat seronok gunakan benda ni..

lagi-lagi masa menyanyi atau say the sound, or masa reading. ni adalah salah satu cara nak menggalakkan murid-murid berani menggunakan Bahasa Inggeris di dalam kelas. Boleh lihat semangat menggunakn peralatan di dalam kelas akan membuatkan murid-murid merasa seronok belajar.

    Banyak gadget di pasaran yang kita boleh dapat dan di gunakan masa pengajaran n pembelajaran.  Ini adalah salah satu daripadanya. Sangat puas hati,  boleh di gunakan sebagai microphone dan speaker. Boleh sambung dengan hp n laptop.

ok, cukup.. entry tak perlu panjang.. nanti korang malas nak baca kan.. huhu


Steamboat and Grill

Assalamualaikum,

    Jom ber steamboat and grill, hehe.. cerita minggu lepas. sempena merasmikan

 baru sampai. Excited husband pun pagi2 dah bergegas ke pasar, cari udang, kerang, sotong and ayam.
Yang hakak ni lak sibuk gak, memerap kambing malamnya. Lepas solat maghrib maka bermula dengan persiapan2 sterusnya.



    anak-anak pun excited, terutama arissa , sibuk nak masukkan mcm2.. huhu..

ok la.. len kali sambung lagi..

Khamis, 19 Januari 2017

Baru semalam

Assalamualaikum,

huarghhh... rasa macam nak meluahkan banyak benda dalam ni, cuma tak terluah.. suka-suki kehidupan yang penuh cabaran.. alahai.. bukan mudah menjadi manusia.. lagi-lagi bila orang lain mengimpikan kita ni sempurna.. kan.. mengharapkan kita memahami kemahuan dan kehendak mereka.. sedangkan apa yang kita ada amat terbatas.. tak terjangkau dek fikiran.. semuanya demi sebuah kehidupan.. kehidupan yang belum pasti.. di mana titik penghujungnya... di mana pengakhirannya.. di mana kita akan berada nanti... belum tentu semuanya pasti akan berjalan dengan baik...

kita memang mengharapkan kesudahn yang baik, tapi tidak semudah yang di sangkakan.. liku-liku kehidupan memang perlu dilalui.. cabaran dan dugaan. perlu di tempuhi walaupun pahit dan detik2 sukar melanda.. semuanya perlu diatasi dan di jalani...

semoga semuanya berlalu dengan baik-baik sahaja.. usaha, tawakal dan di iringi dengan doa..

PELABUHAN SEPI

malam melabuh tirai,
meninggalkan sisa-sisa kehidupan,
meninggalkan kenangan demi kenangan,
menanti jawapan..

malam melabuh tirai,
menghilangkan rasa penat di hati,
menghilangkan noda-noda di pinggir,
hanya sepi menyapa di sisi...

malam melabuh tirai,
dunia sedang menanti,
dunia semakin menghimpit diri,
mencari erti kehidupan...

malam melabuh tirai,
hilang bersama mimpi-mimpi,
kekal menanti dan di nanti...



P/S sesambil tengok sayang papa saya tak.. hihi...

Selasa, 17 Januari 2017

BLOG BERDEBU

Salam...

Ntah apa yang busy sangat tak menejnguk blog yang dah berdebu ni... nak buat blogwalking pun berat sangat jari2 ni..

Bila gaknya jari2 ni nak rajin.. huhu..

 bila terasa rindu ku sebut namamu..
rindu uuu, rindu serindu-rindunya...

addeh.. bila hati ini sarat menanggung rindu kan...

ni cite lama saat2 mr. husband out station almost 2 years..

LAZADA

Cerita Lazada hari ni...

     Assalamualaikum semua..
Dah terjebak dengan Lazada tu yang asyik nak shopping online jer..
mcm2 dah di beli.. huhu..
ni tengah tggu bbq grill ni lak.. hahaha.. tak sabar rasanya... bila agaknya nak sampai...

Ahad, 6 Disember 2015

Al-Fatihah untuk arwah Pak Yus

Assalamualaikum,

maaf post ini hanyalah luahan salah seorang peminat arwah Pak yus.. dan untuk catatan peribadi saya mengenang seorang pelawak yang bernama Yusri B. Edo.. supaya bila saya membuka kembali blog ini saya akan tetap mengingati siapa arwah, yang selalu membuat peminat-peminatnya ketawa..
walaupun tidak pernah bersua muka dan mengenali arwah secara dekat, namun saya amat merasakan dekat dengan Pak Yus.. bukan saya sahaja, malahan luahan rakan2 fb mengatakan perkara yang sama.. awal-awal kemunculannya, saya selalu berkata kepada pada adik saya, "napi, rupa n perangai pak yus tu macam ko la".. simple, santai n bersahaja.. walaupun adik saya bukanlah pelawak n tapi dia adalah penglipur lara keluarga kami.. maaf sekali lagi.. saya bukan nak samakan pak yus dengan sesiapa.. arwah tiada pengganti..

saya merasakan amat terkesan dengan pemergiaannya, kerana hampir setiap hari melihat wajah arwah di kaca tv.. dan saya memang akan tertunggu2 kemunculan Pak Yus, dalam setiap program lawak di astro.. Maharaja lawak mega, redah kasi pecah ekstravaganza, super spontan.. n yg terbaru juara parodi..tetapi maharaja lawak 2015, setelah kumpulan Virus terkeluar, minat untuk menonton program tersebut kurang n hambar...

saya akan menangis apabila menonton rancangan khas untuk arwah Pak Yus, walau dah berhari2 di ulang.. namun kesedihan itu tetap ada.. mendengar kisah2 sedih dan cerita dari rakan-rakan artis mengenai Pak Yus.. membuatkan saya dan anak2 menitis airmata..

Pak Yus, walau rezeki awak untuk mendapat anugerah atau menang dalam program yang awak bertanding namun awak telah mendapat anugerah yang lebih besar dari itu.. kawan-kawan, peminat dan keluarga yang besar yang sentiasa akan mengingati awak dan mendoakan awak di alam sana.. kami akan merindui Pak Yus.. Al- Fatihah untuk arwah Yusri b. Edo.. semoga arwah sentiasa di cucuri rahmat Allah.. aamin

Assalamualaikum, Diam itu lebih baik kan.. Bila merasakan diri itu tidak diperlukan baik kita jauhkan diri kita dari mereka. Bila terasa ...

nuff

Cari Blog Ini

Arkib Blog